Mohamad Azlan Abdullah @ Ali (baju hijau) ketika merasmikan Pejabat Baharu FGR Resources Sdn Bhd di Pasir Tumbuh, Kelantan pada 7 Mac 2021.


RAMAI insan yang bernama manusia ingin menjadi kaya malah bergelar jutawan, tetapi ia tidak semudah memasang cita-cita dan impian kerana untuk mencapai kejayaan perlulah melalui liku-liku hidup yang mencabar selain tabah dan bertakwa kepada Allah. 

Malah ada juga manusia menjadikan asas kemiskinan hidup sebagai motivasi, jadikan kekayaan sebagai inspirasi. Apabila memperoleh rezeki, ia perlu bersyukur dan berbuat kebajikan dengan hidup berbakti kepada orang lain.

Begitulah prinsip hidup  ikon jutawan muda, Mohamad Azlan Abdullah @ Ali, 34, dari Kampung Tok Raja, dekat Jertih, Terengganu, yang kini menjadi perhatian masyarakat.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Mohamad Azlan

https://kitareporters.com/search?search=mohamad+azlan


Mohamad Azlan (kanan) ketika memberi taklimat berkenaan sumbangan beliau kepada pelajar miskin seluruh Terengganu di Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu


Muhammad Azlan berkata, antara pengalaman paling berharaga yang tidak dapat dilupakan sewaktu melalui fasa kehidupan yang sukar adalah apabila beliau menjadi pengutip sampah di bawah syarikat kontraktor pembersihan selama enam bulan di Kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Gong Kedak, dekat Jertih, pada 2005.

 “Ketika itu, saya selalu membawa balik makanan kurang elok yang diasingkan untuk dibuang di kantin Kem TUDM tetapi masih boleh dimakan seperti ayam dan ikan untuk keluarga. Suatu hari bila balik rumah, saya nampak emak menangis melihat ulat jatuh dari poket baju saya ketika membasuh," katanya.


Mohamad Azlan beramah mesra dengan penduduk Kampung Tok Raja, Jertih sebelum membawa penduduk terbang dengan helikopter.


"Dari situ, saya bertekad untuk mengubah kehidupan kerana kasihankan emak saya. Emak menangis dan berdoa semoga saya mendapat peluang lebih besar," tambahnya.

Muhammad Azlan turut bersyukur apabila kisah pengalaman hidupnya yang berasal dari keluarga miskin tegar, namun kini bergelar jutawan telah menjadi inspirasi kepada orang lain.

Malah, katanya, sebelum bergelar jutawan beliau pernah melakukan pelbagai jenis pekerjaan halal termasuk mencari herba di hutan, menanam jagung, mengambil upah mengutip sekerap getah, mengangkat baja tahi kambing, pengawal keselamatan dan bekerja dengan sebuah restoran makanan segera.


Mohamad Azlan sering pulang dari Kuala Lumpur ke kampungnya di Besut menggunakan helikopter


Mohamad Azlan pulang ke kampungnya di Besut menggunakan helikopter


Mohamad Azlan amat menghargai jasa emak, Siti Aishah Ismail, 59, dan ayah, Abdullah @ Ali Ahmad, 75 yang membesarkan kami 16 beradik dan memberikan pendidikan walaupun serba kekurangan.

Dia anak keenam dari 16 adik beradik memilih Nurul Fitriyah Mohd Sabri, 34, sebagai pasangan hidup dan kini mempunyai lima anak hasil perkongsian hidup bersama.

Sifat cakna komuniti Mohamad Azlan yang sering turun padang menghulurkan pelbagai bentuk bantuan kepada penduduk setempat, pelajar dan anggota pasukan keselamatan menyebabkan beliau disayangi masyarakat.


Setiap kali pulang ke kampung Mohamad Azlan melepaskan rindu dengan memancing ikan di parit tali air


Terbaharu, usahanya mengajak lebih 4,000 orang kampung sekitar daerah Besut menaiki helikopter secara percuma menyerlahkan lagi kehebatan beliau yang suka bersedekah dan beramal hasil daripada perkongsian kekayaan yang dinikmati sekarang.

Usahanya untuk berkongsi kejayaan tidak terhenti, sebaliknya beliau sudah menerbitkan sebuah buku berjudul “Pengutip Sampah Jadi Jutawan’ yang kini berada di pasaran tempatan.

Kejayaan Mohamad Azlan juga turut dikongsi oleh pelbagai agensi penyiaran elektronik yang mengundangnya untuk pelbagai program motivasi perniagaan.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan buku sebagai perkongsian untuk memajukan diri dalam perniagaan boleh menghubungi Mohamad Azlan menerusi talian 013-2775006. - KitaReporters

Buku bertajuk Pengutip Sampah Jadi Jutawan untuk dijadikan motivasi kepada usahawan

30
8
3
4
3

Copy Link: