TUGASAN seorang guru pasti menjadi mulia pada mata masyarakat sekiranya warga pendidik itu menjalankan tugasnya dengan penuh bertanggungjawab serta berdedikasi demi anak muridnya yang tersayang tanpa mengira bangsa dan agama. Malah ia bukan itu sahaja, warga pendidik terbabit yang sanggup berkorban apa saja supaya anak-anak murid yang dibimbing itu tidak tercicir dalam pembelajaran terutamanya pada cuti persekolahan hujung tahun 2020 ini. : KitaReporters


SEORANG guru SK Lemoi menyerahkan fail lembaran kerja sekolah kepada ibu seorang murid sekolah di Kampung Tileb, Cameron Highlands, Pahang, baru-baru ini.  - Kredit Foto: FB Al Hanisah 


Lagi kisah-kisah berkaitan guru-guru:

 https://kitareporters.com/search?search=guru-guru


Namun itu semua adalah terlalu sukar untuk mencari guru-guru yang mengajar di sekolah luar bandar tetapi sanggup berbuat demikian kerana anak-anak muridnya tinggal di kawasan pedalaman yang tiada kemudahan rangkaian Internet untuk mengikuti pembelajaran pada musim cuti sekolah


DUA guru SK Lemoi, Cameron Highlands mengagihkan kertas lembaran kepada murid sekolah. 


EMPAT guru SK Lemoi, Cameron Highlands . -  Kredit Foto: FB Al Hanisah 

Menyedari atas tanggungjawab mereka, baru-baru ini, empat guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) Lemoi, Cameron Highlands, Pahang telah menghantar lembaran kerja dan bahan belajar kepada anak-anak Orang Asli di Kampung Lemoi, Kampung Telimau, Kampung Chenan Cerah dan Kampung Tileb.

Guru berkenaan terpaksa mengagihkan lambaran kerja sekolah itu kerana menyedari SK Lemoi tidak boleh membuat pembelajaran tersebut secara dalam talian sebaliknya mereka terpaksa melakukan program seumpama itu melalui kaedah luar talian.

Menerusi laman Facebook Al Hanisah, guru-guru sekolah itu membuat pembelajaran secara luar talian dengan cara menghantar fail lambaran kerja kepada murid-murid terbabit di empat buah perkampungan Orang Asli yang terpencil di kawasan pedalaman. 



Al Hanisah berkata, jikalau mereka tidak melakukan seperti itu sudah pasti anak-anak murid  yang berada di dalam kawasan hutan itu akan lebih ketinggalan serta tercicir dari persekolahannya. 

``Kami telah ke kampung-kampung berhampiran sekolah untuk mengedar fail yang mengandungi lembaran kerja dan bahan belajar untuk setiap murid.

``Tidak susah untuk mengumpulkan mereka, sebab bila mereka nampak sahaja cikgu masuk kampung akan bersegeralah mereka  berkerumun. Walaupun sekadar menempel tanpa berbuat apa-apa,’’ kata Al Hanisah di Facebooknya pada 19 November 2020 lalu. 



PERJALANAN yang terpaksa dilalui guru-guru terbabit untuk menghantar lembaran kerja sekolah untuk anak-anak murid mereka di perkampungan Orang Asli, baru-baru ini. -  Kredit Foto  : FB Al Hanisah


Perjalanan guru terbabit dari sekolah itu ke Kampung Lemoi dan Kampung Telimau hanya boleh dilalui kenderaan pancuan empat roda dan motosikal sahaja mengambil masa dua jam.

Manakala Kampung  Chenan Cerah dan Kampung Tileb yang terletak jauh ke dalam hutan tidak boleh dilalui sebarang kenderaan kecuali berjalan kaki sahaja.

Dengan perjalanan itu yang terpaksa dirempuh dengan pelbagai rintangan membayangkan betapa kepayahan setiap hari anak-anak Orang Asli terutama murid tahun satu yang terpaksa berjalan kaki ke SK Lemoi yang menempatkan 12 guru serta 118  murid dari empat kampung terbabit.

Walau bagaimanapun, pihak sekolah itu telah menyediakan sebuah asrama untuk 31 murid terdiri 11 pelajar tahun lima dan enam sementara 20 orang lagi dari murid sekolah yang tinggal terlalu jauh dari sekolah tersebut.

Al Hanisah memberitahu suasana di perkampungan Orang Asli itu agak kecuh sedikit sebaik sahaja mereka tiba di Kampung Tileb kerana penduduk di situ hairan itulah pertama kali melihat empat orang guru dalam satu masa  datang ke kampung mereka. 




Ketika itu tiada kelihatan kaum lelaki kecuali kaum suri rumah serta anak-anak yang ada di rumah serta tok batin kampung itu dan kemungkinan suami mereka ke kebun atau ke hutan mencari rezeki.

``Fail-fail dan alat tulis yang kami bungkus dari sekolah lagi diserahkan kepada murid sekolah apabila kami sampai di perkampungan itu,’’ ujarnya lagi. 


Dua orang murid iaitu Amirul dan Arif yang baru pulang membantu bapa mereka di kebun. 


Tahniah diucapkan kepada guru dan staf SK Lemoi yang telah bertungkus lumus menyediakan lembaran kerja/bahan belajar untuk murid-murid dan seterusnya menghantar kertas itu kepada mereka.

``Terima kasih atas kerjasama semua. Diharap dengan sedikit usaha ini akan memberi manfaat kepada anak-anak didik kita untuk terus belajar walaupun di rumah tanpa kemudahan internet,’’ kata Al Hanisah.

Syabas  kepada semua guru dan staf SK Lemoi semuga usaha anda akan diberkati serta mendapat rahmat dari Allah. - KitaReporters

2
0
0
0
0

Copy Link: