Gadis jelita dibunuh dan dikerat-kerat! Bahagian mayat dibuang ke dalam mangkuk tandas dan dipam!
Published byPEMANDANGAN di bandar Kemerovo, Rusia, tempat pembunuhan kejam seorang gadis cantik yang dilakukan oleh teman lelakinya. Mayatnya kemudian dikerat dan disumbat ke dalam saluran pembetung. - Kredit foto" russiatrek.org
KSENIA Ptichkina, 21, seorang gadis cantik, menarik hati sesiapa yang memandang. Sebagai remaja dewasa, dia juga sudah mempunyai kekasih. Namun sayang tragedi menyayat hati menimpa gadis jelita ini.
Pada 20 Mei 2021, Ksenia meninggalkan rumahnya di bandar Kemerovo, sebuah bandar perindustrian di selatan Rusia. Tiada siapa menyangka perginya tidak akan kembali. Sejak itu dia hilang tanpa siapa mengetahui di mana dia berada sehinggalah cebisan mayat yang disahkan mayatnya dijumpai pada 24 Mei 2021.
Ketika meninggalkan rumah, Ksenia tidak memberitahu keluarganya ke mana dia hendak pergi. Namun keluarganya tidak mengesyaki apa-apa kerana seperti biasa dia akan kembali walau ke mana pun dia pergi.
Lagi cerita-cerita jenayah berkaitan pembunuhan
KEMEROVO, sebuah bandar perindustrian terletak di selatan Rusia. - Kredit foto: russiatrek.org
Namun pada hari kejadian, dia tidak kunjung kembali pada waktu biasa. Ini menimbulkan kebimbangan kepada keluarganya, apatah lagi mereka tidak tahu ke mana arah tujuan Ksenia.
Laporan orang hilang dibuat oleh keluarganya setelah usaha mengesannya gagal apabila dia tidak menjawab semua panggilan telefon. Ksenia kemudian diisytiharkan sebagai hilang pada hari yang sama dia keluar rumah.
Memetik laporan The Sun, usaha mencari bukan sahaja dibuat oleh kaum keluarga, tetapi juga orang ramai yang secara sukarela tampil membantu. Namun semua usaha mencari ini menemui jalan buntu. Tiada sebarang panduan atau klu untuk mengsan di mana Ksenia berada.
Hanya setelah empat hari, iaitu pada 24 Mei 2021, misteri kehilangan Ksenia terungkai. Itu pun secara tidak sengaja apabila pekerja pembetungan menemui cebisan mayat manusia dalam saluran pembetungan.
KSENIA PTICHKINA, gadis cantik yang jadi korban teman lelakinya di Kemerovo, selatan Rusia. Mayatnya dikerat dan disumbat ke dalam saluran pembetung. - Kredit foto: VK
Terdahulu, para pekerja menerima laporan mengenai saluran pembetung tersumbat. Mereka lalu datang ke tempat itu untuk mencari puncanya. Ketika menjalankan kerja inilah mereka menemui cebisan mayat. Cebisan mayat inilah yang menyebabkan saluran pembetungan tersumbat.
Cebisan-cebisan
ini dibawa keluar dan laporan polis dibuat. Cebisan kulit manusia dan rambut
dihantar untuk ujian DNA. Hasil ujian tersebut mengesahkan cebisan-cebisan
mayat itu adalah milik Ksenia.
Tugas polis kini ialah mencari siapa yang membunuh Ksenia dan menyumbat cebisan mayatnya ke dalam saluran pembetung.
Kebetulan cebisan mayat itu dijumpai dalam saluran pembetung blok apartmen di mana kekasih Ksenia tinggal. Ekoran itu polis menahan lelaki tersebut dan membawanya ke balai polis untuk soal siasat. Nama lelaki itu bagaimana pun tidak dinyatakan.
Hasil soal siasat, lelaki tersebut mengaku membunuh Ksenia. Dia mengaku mengerat badan Ksenia kepada beberapa bahagian dan kemudian menyumbat bahagian-bahagian mayat tersebut ke dalam mangkuk tandas untuk dipam.
Bagaimanapun
kerana bahagian mayat yang banyak disalurkan menyebabkan saluran pembetung tersumbat.
Ketika inilah laporan dibuat dan pekerja pembetungan datang memeriksa.
Pihak
polis masih belum memaklumkan motif di sebalik pembunuhan ngeri itu. Lelaki
tersebut yang kini dalam tahanan polis berdepan hukuman sehingga 15 tahun
penjara jika didapati bersalah atas kesalahan membunuh.
Ksenia bekerja di bahagian pentadbiran bandar raya Kemerovo. Kematian tragiknya mengejutkan rakan sekerja yang menyifatkannya sebagai seorang yang baik dan selalu bersikap positif. - KitaReporters.com
Kredit foto: Daily Star UK