Dibadai ribut kencang! 30 rumah rosak perlu bantuan dibaiki

Published by
KitaReporters

“SAYA terdengar bunyi letupan kuat ingatkan kapal terbang jatuh, bila toleh keluar rupa-rupanya pokok tumbang bergelimpangan di atas jalan raya,” kata Rahim Harun, 60, dari Kampung Darau, Hulu Besut di Terengganu. : KItaReporters

Ribut melanda empat kampung di Hulu Besut menyebabkan lalu lintas tergendala


Katanya, rumahnya bernasib baik kerana terselamat dari dihempap pokok besar ketika angin kencang membadai kawasan itu petang Khamis, 4 Jun 2020 dan menyebabkan penduduk menjadi panik.

Sebuah rumah tercabut atap diterbangkan angin kencang di Kampung Darau,Hulu Besut


Bagaimanapun,  Rahim bersyukur kerana kejadian ribut kencang yang turut melanda beberapa kampung lagi di kawasan itu tidak mengorbankan nyawa penduduk

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang Khamis 4 Jun 2020 itu sebanyak 30 rumah penduduk dari empat kampung di Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut mengalami kerosakan teruk selepas dibadai ribut.

Hanya tinggal kerangka selepas atap diterbangkan angin kencang


Kampung terbabit ialah Kampung Darau, Lepang Kejor, Padang Baloh dan Kampung Awek.

Kejadian itu juga menyebabkan kenderaan yang menghala dari Jertih ke Hulu Besut, terkandas beberapa jam akibat pokok durian tumbang merintangi jalan utama ke bandar Jertih

ADUN Hulu Besut, Nawi Mohammad (dua dari kanan) berbincang bersama penduduk


Bagaimanpun, semangat kerjasama penduduk patut dihargai kerana mereka bergotong royong memotong pokok yang tumbang selain membantu mengawal lalu lintas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut, Nawi Mohammad 


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut, Nawi Mohammad yang turut melawat ke lokasi kejadian terkejut dengan kejadian itu kerana banyak rumah mengalami kerosakan akibat dipukul ribut.

Katanya, ada rumah yang tercabut atap, bumbung dan rosak di bahagian dinding akibat diterbangkan angin dan ditimpa pokok.

Kerja-kerja pembersihan pokok dilakukan penduduk kampung bagi melicinkan pergerakan lalu lintas


Beliau berkata, penduduk yang dibantu oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APMM), polis dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) bertukus lumus membersih pokok yang tumbang di atas jalan raya bagi melicinkan perjalanan kenderaan.

Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membantu mangsa ribut di Kampung Darau, Hulu Besut pada 4 Mei 2020


Nawi berkata, pihaknya akan berusaha untuk membantu mangsa-mangsa yang terbabit dengan kejadian itu kerana sebahagian besar penduduk kini terjejas dengan kejadian yang menimpa itu. - KitaReporters

13
1
4
3
0

Copy Link: