Terbaiklah McDonald's, Astro! McDelivery Berbakti agih barang makanan untuk asnaf, frontliners!
Published byMCDONALD'S Malaysia bekerjasama dengan Astro menerusi McDelivery Berbakti, satu inisiatif yang menyaksikan penghantaran makanan dan keperluan harian kepada keluarga asnaf dan petugas barisan hadapan negara sempena bulan Ramadan lalu.
McDonald's dan Astro telah menyertai program Ziarah Ramadan anjuran Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), di mana 10 keluarga asnaf menerima sumbangan berupa wang tunai, barangan keperluan harian, dan hidangan berbuka puasa McDonald's.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan McDonald's
"Bulan suci Ramadan adalah masa untuk bermuhasabah diri dan membantu mereka yang kurang bernasib baik. Dalam mengharungi masa-masa sukar ini, adalah penting bagi McDonald’s sebagai sebuah organisasi untuk mengingatkan masyarakat bahawa mereka tidak bersendirian,” kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald's Malaysia dalam satu kenyataan media di Kuala Lumpur pada 10 Mei 2021.
McDonald's dan Astro menganjurkan pelbagai aktiviti amal pada bulan Ramadan, antaranya pengagihan makanan kepada 1,000 orang petugas barisan hadapan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPK KL) dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Aktiviti yang dilaksanakan ini turut melibatkan penyanyi dan pengacara, Alif Satar, untuk menzahirkan penghargaan kepada petugas barisan hadapan atas dedikasi tidak berbelah bahagi mereka dalam melaksanakan tanggungjawab demi menjaga keselamatan rakyat Malaysia.
"Kami sangat berbesar hati dapat menjalin kerjasama dengan McDonald’s pada bulan Ramadan untuk mendekati masyarakat.
"Di sebalik pelbagai peraturan keselamatan yang ditetapkan, kami gembira dapat menjalankan aktiviti yang dirancang, pada masa sama memastikan semua prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi,” kata Wong See Wei, Pengarah, Penyelesaian Media, Astro dalam kenyataan yang sama.
Selain daripada kerjasama dengan Astro pada bulan Ramadan lalu, McDonald's Malaysia meneruskan tajaan makanan untuk moreh kepada masjid-masjid terpilih di seluruh negara.
Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) yang merupakan badan kebajikan pilihan McDonald’s pula menganjurkan beberapa sesi berbuka puasa di 5 rumah anak yatim di Lembah Klang dan Kelantan, serta menyumbang wang tunai sebanyak RM5,000 kepada setiap rumah anak yatim tersebut.
Mendekati masyarakat merupakan komitmen McDonald’s dalam mewujudkan impak positif dalam kalangan masyarakat.
Pada tahun 2020 lalu, McDonald's menganjurkan lebih 7,000 program kemasyarakatan yang telah memberi kegembiraan kepada jutaan rakyat Malaysia. - KitaReporters