ANGKASAWAN Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, 47, mengalami suasana ceria dalam gundah!! Seronok dan cemas... gembira dan bimbang... teruja dan takut!! Cercita sikit!! : KitaReporters


Ini kerana dia bakal mendapat sepasang lagi anak kembar hasil imbasan terhadap kandungan isterinya yang sudah memasuki usia 13 minggu

Namun dalam masa yang sama, dia merasa gundah kerana isterinysa, Dr Halina Mohd Yunus, 39, adalah salah seorang petugas barisan hadapan bagi merawat pesakit Covid-19 yang memerlukan dia memakai pakaian pelindungan peribadi (PPE).

Berita gembira dalam gundah ini dikongsikan dalam akaun Instagramnya @dato’drsheikhmuszaphar pada Khamis, 18 Jun 2020.

Dalam perkongsian itu, Dr Muszaphar berkata, dia  tergamam apabila mendapat tahu isterinya berbadan dua dan usia kandungan sudah mencecah 13 minggu. 

Malah, lebih menggembirakan pasangan ini bakal dapat anak kembar lagI.

Bagaimanapun, Dr Muszaphar memberitahu proses kehamilan kali ini lebih mencabar berbanding sebelum ini kerana isterinya sedang menjalankan tugas sebagai petugas barisan hadapan untuk merawat pesakit Covid-19.

Dr Halina memakai PPE ketika menjadi petugas perubatan Convid-19. Kredit foto: IG drhalina

Dr Muszaphar turut memberikan ucapan romantis buat isterinya agar terus kuat dan bertahan sepanjang proses kehamilan dan dia akan menguruskan anak-anak yang lain.

Sementara itu, dalam ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira serta mengucapkan syukur dan tahniah kepada pasangan ini di atas kurniaan cahaya mata kembar sekali lagi.

Dr Muszaphar dan Dr. Halina mendirikan rumah tangga pada 19 Oktober 2010. 

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, 9; Sophea Natasha, 7; serta kembar lelaki, Sheikh Adam dan Sheikh Noah, sama-sama 3 tahun. - KitaReporters


Foto kenangan Dr Sheikh Mustaphar sekeluarga

2
1
0
0
0

Copy Link: