Video| Janda didera kekasih! Dikurung 3 hari tanpa makan! Dirantai bagai anjing! Dicucuh api!
Published bySeorang janda beranak satu, Rina Simanungkalat, 33, mengalami trauma apabila diperlaku secara tidak berperikemanusiaan oleh kekasihnya yang panas baran dan merupakan penagih dadah.
Lagi cerita-cerita tragedi berkaitan didera
Rina Boru yang cedera teruk dan penderanya, Maniur Sihotang. - Kredit foto: Tribun Medan
Setelah dikurung tiga hari, Rina berjaya melepaskan diri dan dalam keadaan lemah berjaya keluar dari rumah ibu suspek itu pada subuh Jumaat, 23 April 2021.
Dia meminta bantuan jiran untuk melepaskan diri. Rina meminjam telefon bimbit untuk menghubungi bapanya, Sihar Simanungkalat , 64. Setelah itu Rina dibawa ke sebuah hospital untuk menerima rawatan lanjut.
Suspek, Maniur Sihotang ditahan polis hasil laporan itu.
Mengikut laporan polis, sejak beberapa bulan lalu, Rina cuba berpisah dengan Maniur setelah mengetahui dia adalah penagih dadah. Namun Maniur tetap mahu terus menjalin hubungan.
Untuk memasti Rina tetap tinggal di rumahnya, Maniur telah menculik anak Rina bernama Ana, 7 tahun, dari rumah ayah Rina. Budak kecil itu dibawa ke rumah ibu suspek.
Namun Maniur terus bertindak ganas untuk tidak membenar Rina keluar dari rumah.
Maniur bertindak mengikat leher Rina seperti mengikat anjing, manakala sejumlah bahagian tubuh Rina cedera akibat dicucuh api dan dikelar dengan senjata tajam.
Rina turut tidak diberi makan selama tiga hari.
Sihar bersyukur suspek cepat ditahan dan diharap didakwa secepat mungkin menerima hukuman sewajarnya.
Menurut Ketua Polis Medan, Faidir Chaniago kes ini masih dalam siasatan. - KitaReporters