Video| Pengantin perempuan meraung! Bekas kekasih hadir sama
Published byKEHADIRAN seorang pemuda yang dikenali sebagai Dayat pada majlis persandingan bekas kekasihnya pada 12 Disember 2020 lalu untuk mengucapkan "Selamat Berbahagia Wahai Kekasihku" terhadap pengantin perempuan, yang suatu ketika dahulu amat disayanginya, seharusnya dikagumi. Namun reaksi balas pengantin perempuan memang tidak diduga. : KitaReporters
DAYAT
Lagi kisah-kisah berkaitan majlis perkahwinan:
https://kitareporters.com/search?search=majlis+perkahwinan
Ini kerana kedatangan Dayat tanpa mempunyai sikap berdendam atau sakit hati biarpun cinta yang dipupuk bersama wanita itu tidak kesampaian lantaran kemiskinan hidupnya dan seorang yatim piatu.
Kemunculan Dayat yang disangkakan itu pada majlis perkahwinan yang berlangsung di Desa Labuan Lombok, Lombok Timur, Indonesia amat mengejutkan bekas kekasihnya.
DAYAT memeluk pengantin lelaki di atas pelamin pada majlis persandingan bekas kekasihnya di Desa Labuan Lombok, Lombok Timur, Indonesia pada 12 Disember 2020
Secara tiba-tiba pengantin perempuan itu menangis dan meraung sekuat hatinya sebaik sahaja Dayat naik ke pelamin untuk mengucapkan selamat berbahagia kepada pasangan pengantin tersebut.
Akibat kejadian itu, suasana majlis persandingan menjadi kecoh seketika menyebabkan beberapa ahli keluarga wanita itu menghampiri Dayat menasihatinya supaya pemuda itu meninggalkan majlis berkenaan agar majlis persandingan yang sedang berlangsung dapat berjalan dengan sempurna dan aman.
Pengantin perempuan pengsan selepas menangis dan meraung sekuatnya.
Meskipun kisah sedih yang menyayatkan hati seumpama itu jarang kita ketemui tetapi ia tetap boleh dijadikan tauladan bahawa cinta yang suci tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan dan ia apatah lagi kita tidak seharusnya menaruh perasaan dendam setelah gagal bercinta.
Menurut laporan Kompas.com sebuah portal berita di Indonesia dipetik berkata, kemunculan Dayat pada majlis perkahwinan bekas kekasihnya itu adalah atas jemputan keluarga pengantin lelaki juga.
Katanya, Dayat yang memakai baju kemeja berwarna hitam terus ke pelamin dan memeluk pengantin lelaki dan sambil tersenyum pemuda itu mengucapkan selamat pengantin baru dan selamat berbahgia untuk bekas kekasihnya.
``Sebaik sahaja pemuda berkenaan melafazkan kata-kata itu bekas kekasihnya secara tiba-tiba terkejut lalu menangis serta menjerit sekuat hati menyebabkan pengantin lelaki terkejut.
`` Saya datang dari jauh dan bukanlah niat saya untuk menganggui majlis mereka sebaliknya kehadiran saya semata-mata untuk meraikan perkahwinan mereka dan saya juga dijemput oleh ahli keluarga pengantin lelaki,’’ kata Dayat sebagaimana dipetik oleh Kompas.com pada Selasa, 15 Disember 2020.
Kejadian itu telah tular dalam pelbagai media sosial selepas video kehadiran Dayat seorang diri di majlis pernikahan itu dikongsikan bersama dalam Instagram.
Dalam rakaman video selama 1.17 minit kelihatan Dayat berada pada majlis perkahwinan tersebut dan dia dibawa keluar oleh ahli keluarga pengantin perempuan selepas bekas kekasihnya menjerit seolah-olah tidak sedarkan diri.
Dayat berkata, dia datang ke majlis itu mempunyai tujuan yang baik walaupun pemuda itu tinggal di Lombok Barat kerana majlis pernikahan bekas kekasihnya diadakan di Lombok Timur.
``Saya ingin melihat mereka gembira serta bahagia dan apabila dia (bekas kekasih) hidup bahagia saya juga tumpang gembira dari jauh,’’ ujarnya lagi. - KitaReporters