PELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memang diperlukan bagi kita melandaikan lengkuk graf kes Covid-19 yang kian menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Kejayaan kita melaksanakan PKP pada 18 Mac 2020 lalu selama hampir dua bulan telah mendorong untuk pihak kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk melaksanakan PKP 2.0 pada awal tahun 2021 ini sekali lagi.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan bank makanan:

https://kitareporters.com/search?search=bank+makanan


Terima kasih Shahrul Asyraf! Buat food bank di Taman Lembah Keramat! Untuk berkongsi rezeki!


Walaupun pelaksanaan PKP terbukti berkesan mampu menurunkan kes harian Covid-19, namun ia juga mempunyai impak negatif yang tersendiri.

Antara impak negatif yang sukar dinafikan melalui pelaksanaan PKP ini adalah sektor ekonomi rakyat yang makin merosot hari ke hari.

Kita sudah tentu tiada cara lain untuk menyelesaikan masalah ini, melainkan harus mencari 'titik tengah' kepada situasi genting sebegini.

Hasil kreativiti dalam musyawwarah dan idea-idea dari para mentor, maka sebuah badan bukan kerajaan (NGO) bernama Ikatan Anak Mersing (IAM) mengambil inisiatif mewujudkan platform menolong mereka yang terputus bekalan asas hidup.


Kredit foto: FB Ikatan Anak Mersing.


IAM dengan kerjasama Yayasan Makmur Mersing telah melancarkan Gobok Makanan, khusus buat penduduk setempat mengambil keperluan asas yang terputus.

Menurut Presiden IAM, Muhammad Syukri Ibrahim, Gobok Makanan bukan sahaja menyumbang barang keperluan asas kepada mereka yang memerlukan, malah barangan yang ada di bank makanan itu juga adalah hasil sumbangan orang ramai dan ahli NGO tersebut.

"Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang... melihat banyak keluarga yang terkesan dengan PKP 2.0 dan ada yang hilang punca pendapatan, kami terpanggil untuk memulakan inisiatif GOBOK MAKANAN bagi masyarakat sekitar Mersing.

"Kepada warga Mersing, kami menyediakan beras (5 kg) dan telur ayam (1 papan) sebagai bantuan segera kepada keluarga yang terputus bekalan makanan atau punca pendapatan... inisiatif ini hasil sumbangan warga prihatin dan duit kocek antara kami," kata Muhammad Syukri dalam catatan dalam Facebooknya.



Tambahnya lagi, bagi memudahkan penghantaran bantuan kepada golongan memerlukan kata Muhammad Syukri, mereka hanya perlu menghubungi Hotline Gobok Makanan melalui talian 014-6473937.

Semoga usaha sebegini akan menjadi sebuah 'trend' baharu dalam kalangan mereka yang berkemampuan membantu mereka yang memerlukan pertolongan. - KitaReporters


3
0
0
0
0

Copy Link: