SEMAKIN ramai golongan selebriti atau orang ternama meminta masyarakat menghormati Perintah Kawal Pergerakan (PSP) setelah masih ada sejumlah masyarakat yang tidak mematuhi larangan itu dan duduk di rumah (stay at home). Terbaru, Lee Chong Wei dan Tiara Jaquelina. : KitaReporters


Antara tokoh yang meluahkan gesaan patuhi PSP ialah bekas jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei (LCW).

Melalui laman Instagramnya @leechongweiofficial, jaguh dunia ini meluahkan gesaannya secara bersahaja.

Apa yang menarik Datuk LCW luahkan kata-kata dalam Bahasa Malaysia dan nada yang ditulis dalam bentuk pantun.


Berikut adalah tulisan berupa sajak nukilan rasa Datuk LCW dalam instagramnya:

"Wahai semua, 

"Saat ni korang tgh baca ni teks, 

"Saat ni jua sahabat doktor dan jururawat tgh beratuh nyawa utk selamatkan nyawa lain.

"Saat ni jua abang polis dan askar meninggalkan darah daging sendiri untuk memastikan kesejahteraan anda .

"Saat ni jua kita kena menghentikan penularan wabak ini.

"Wabak ini senang menular, Duduklah rumah janganlah keluar, Semakin Cepat wabak dihenti, Bolehlah kembali mencari rezeki.

"Tolakkan politik, rasis perkauman,

"Air suam bagus tapi

"Tak bunuh kuman,

"Kalo sakit,

"Jangan ‘tak apa’,

"Wabak menanti sesiapa yang alpa,

"Ayuh semua rakyat jelata, 

"Ayuh selamatkan Negara tercinta."

Datuk LCW merupakan Cef d’Mission Malaysia bagi Sukan Olimpik 2020 Jepun pada 24 Julai hingga 9 Ogos 2020.

Sementara itu, kalau Chong Wei berpuisi dan bermadah, Puan Sri Datin Tiara Jaquelina pula berdrama dan berlagu. 

Promosi teater muzikal PGL dikaitkan dengan isu semasa membanteras Covid19. - Kredit foto: IG Tiarajacqelina

Dalam  kisah legenda, Puteri Gunung Ledang (PGL), pasti anda tahu mengenai tujuh syaratnya.

Puteri Gunung Ledang dikatakan meletakkan tujuh syarat untuk Sultan Melaka, Sultan Mahmud Shah yang ingin  meminangnya.

Disebabkan ingin menolak pinangan Sultan Mahmud Shah secara halus, Puteri Gunung Ledang dikatakan mengenakan tujuh syarat yang tidak mampu ditunaikan iaitu:

  1. Satu jambatan emas dari Gunung Ledang ke Melaka.
  2. Satu jambatan perak dari Melaka ke Gunung Ledang.
  3. Tujuh dulang hati nyamuk.
  4. Tujuh dulang hati hama.
  5. Tujuh tempayan air mata anak dara.
  6. Tujuh tempayan air pinang muda.
  7. Semangkuk darah Sultan Ahmad Shah, anak Sultan Mahmud Shah yang masih lagi kanak-kanak.

Kisah lagenda ini sudah pernah dijadikan filem dan teater.

Masyarakat generasi kini mengetahui kisah PGL melalui teater muzikal PGL yang dipentaskan beberapa tahun lalu oleh penerbit Puan Sri Datin Tiara Jaquelina melalui syarikat Enfiniti (M) Sdn Bhd.

Memandang Puteri Gunung Ledang The Musical 2020 (PGL2020) bakal dipentas pada 3 Julai 2020, produser Puan Sri Tiara melakukan satu promosi tersendiri dengan membabitkan situasi merebaknya virus Covid-19.

Kredit foto:IG Tiarajacquelina

Menerusi laman Instagram penerbit PGL 2020, Enfiniti (M) Sdn Bhd (@enfinitymy), "Puteri Gunung Ledang" mengemukakan tujuh syarat untuk melawan Covid-19!

  1. Duduk di rumah!
  2. Jika perlu keluar rumah, jaga jarak anda dengan orang lain, sekurang-kurangnya enam kaki!
  3. Jika perlu bersapa dengan orang, tidak perlu bersentuhan, hanya lambai sahaja!
  4. Jika batuk atau bersin, gunakan tisu dan terus buang dalam tong sampah.
  5. Jika anda kurang sihat, kuarantin diri anda dan dapatkan bantuan perubatan secepat mungkin.
  6. Jika anda perlu menyentuh muka, pastikan tangan anda bersih!
  7. Kebersihan adalah kunci utama!



Di ruangan komen entri, ramai memuji usaha kreatif Enfiti untuk mengekang wabak Covid-19.

PGL2020 dijadualkan bakal kembali menggegar Istana Budaya bermula 3 Julai 2020.

Enfiniti pernah menghasilkan Puteri Gunung Ledang sebagai filem sejarah epik pada tahun 2004 yang diarahkan oleh Saw Teong Hin.

Filem PGL dibintangi sejumlah nama besar, antaranya Puan Sri Tiara Jacquelina, Datuk M. Nasir, Adlin Aman Ramli, Sofia Jane dan Khir Rahman.

Ekoran kejayaan filem ini, pihak penerbit kemudian menerbitkan teater muzikal yang sama jalan ceritanya pada tahun 2006.

Bagi mengenai lebih lanjut mengenai PGL2020, boleh layari laman web pglmusical.com.

Kredit foto: IG Tiara Jacquelina


Puan Sri Tiara dalam videonya berdurasi 7 minit 45 saat  itu di laman web PGL2020 meminta semua pihak bekerjasama mematuhi aturan kerajaan untuk mengekang virus Covid-19 dan memastikan wabak ini akan selesai dalam waktu yang tidak lama.

Katanya, semua pihak merasai kesannya tetapi perlu sabar untuk menghadapinya.

Menyentuh mengenai latihan teater muzikal PGL ia ditunda sehingga 12 April.

Puan Sri Tiara juga mengalakkan pekerjanya bekerja dari rumah dan mesyuarat dikendali secara virtual melalui  Internet dan skype. - KitaReporters

0
0
0
0
0

Copy Link: