YANG KELUAR MASUK NEGARA.. AMBIL PERHATIAN!

Published by
KitaReporters
RAKYAT Malaysia yang berulang-alik setiap hari untuk bekerja di Singapura atau Thailand terpaksa mengambil cuti atau mencari penginapan sementara di kedua-dua tersebut untuk tempoh tertentu selepas dilarang meninggalkan Malaysia bermula Rabu, 18 Mac 2020. : KitaReporter

RAKYAT Malaysia dilarang meninggalkan negara ini berikutan keputusan kerajaan melaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara bermula 18 Mac sehingga 31 Mac 2020. - Kredit foto dtenggara.blogspot.com.


Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, larangan berkenaan akan berkuatkuasa mengikut tempoh yang ditetapkan di bawah pewartaan perintah itu, iaitu antara 18 hingga 31 Mac, 2020. 

Malah, keputusan itu selari dengan pengumuman kerajaan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara sehingga 31 Mac ini. 

"Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) sudah mengumumkan perkara itu malam tadi (Isnin, 16 Mac 2020), Jabatan Imigresen Malaysia akan mengambil langkah sewajarnya mengikut keputusan dibuat. 

“Bermula esok (Rabu, 18 mac 2020), semua rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dan Thailand dilarang memasuki negara berkenaan," katanya yang dipetik Berita Harian.

RAKYAT boleh membuat keputusan untuk mengambil cuti atau mencari penginapan sementara di negara berkenaan selepas dilarang meninggalkan negara ini berkuat kuasa 18 Mac 2020. - Kredit foto: Sawanila.com


Sementara itu, Kementerian Tenaga Manusia (MOM) Singapura dalam reaksi balas berkata, republik itu akan bekerjasama dengan sektor awam dan swasta bagi menyediakan tempat penginapan sementara untuk pekerja dari Malaysia.

MOM menerusi kenyataan yang dipetik Astro Awani memaklumkan, antara tempat penginapan yang sedang dalam pertimbangan melibatkan hotel dan asrama (dorm), bilik dan unit rumah di bawah seliaan Lembaga Pembangunan Perumahan (HDB), serta perumahan swasta.

“Kami ingin menasihati majikan di Singapura untuk menilai tenaga kerja mereka dengan teliti, dan membuat keputusan yang bersesuaian mengenai pekerja mereka dari Malaysia.

“Kerajaan akan memberi keutamaan kepada syarikat yang menyediakan perkhidmatan penting seperti kesihatan, keselamatan, pembersihan, pengurusan bahan terbuang, pengurusan fasiliti, logistik dan pengangkutan,” katanya lagi. - KitaReporter

7
2
0
1
0

Copy Link: