Bandar raya Petaling Jaya Bandar Raya Mesra Kanak-kanak! PBT pertama di Malaysia terima pengiktirafan!
Published byMBPJ menjadi Bandar Raya pertama mendapat pengiktirafan dari UNICEF sebagaii Bandar Mesra Kanak-Kanak di Malaysia. Foto Facebook Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Majlis Bandaraya Pertaling Jaya (MBPJ) mencatat satu sejarah baharu apabila bandar raya Petaling Jaya mendapat pengiktirafan sebagai Bandar Raya Mesra Kanak-Kanak oleh Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau UNICEF.
Mereka merupakan Pihak Berkuasa Tempatana (PBT) pertama di Malaysia dan usaha mereka selama ini ternyata membuahkan hasil selepas mencuba sebanyak empat kali sebelum ini.
Pengiktirafan ini membuktikan usaha MBPJ untuk memartabatkan kanak-kanak ke satu tahap lebih tinggi berjaya membuka mata UNICEF.
Kanak-kanak adalah pewaris masa depan sesebuah negara dan ini amat penting dalam melahirkan generasi berjaya terutama di bandar raya tersebut.
Menurut Timbalan Datuk Bandar MBPJ Aznan Hassan, pengiktirafan itu diperoleh pada minggu lalu di Sepanyol dan Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Azhan Md Amir mewakili MBPJ untuk menerima anugerah tersebut di sana.
"UNICEF akan melihat apa sumbangan serta kemudahan yang disediakan kepada kanak-kanak dan ini yang dilakukan oleh mereka seperti inisiatif mewujudkan Majlis Kanak-Kanak dalam organisasi MBPJ.
"Seramai 24 orang berumur enam sehingga 17 tahun akan berada dalam Majlis Kanak-Kanak MBPJ dan mereka akan hadir ke mesyuarat penuh yang dijalankan bertujuan untuk melatih menjadi lebih matang, mengeluarkan idea dan mencungkil bakat kepimpinan dalam diri kanak-kanak tersebut," katanya selepas merasmikan Ekspo Buku Petaling Jaya 2023 (PJBX 2023) di Dewan Sivik MBPJ pada 11 September 2023.
Untuk melahirkan bandar yang dekat dengan kanak-kanak sudah pasti idea serta pandangan dari golongan ini perlu diambil kira agar ia sejajar dengan apa yang dikehendaki oleh mereka.
Usaha murni ini pasti akan dapat dilihat dalam beberapa tahun akan datang dan ini akan membuka lembaran baharu buat PBT-PBT lain di Malaysia untuk mewujudkan ruang dan peluang untuk golongan kanak-kanak dan golongan belia agar mereka bersama-sama dalam organisasi rasmi itu. - KitaReporters