Video| Kurang asam! Gadis Muslim hina Islam! Baca ayat al-Quran seperti berada di dalam kelab malam!

Published by
KitaReporters
.

Perkembangan pesat sosial media membuat semakin ramai ingin memaparkan perkara sensasi, sama ada untuk mendapat sumber pendapatan mahupun populariti.

Perkembangan pesat sosial media ini boleh diguna sebagai bahan berkesan untuk menyampaikan dakwah.

Namun masih ada umat Islam yang tidak menyedari atau pura-pura lupa bahawa perbuatan mereka yang didedahkan dalam laman sosial boleh dianggap mencemarkan kesucian agama.



Sebagai contoh, baru-baru ini seorang selegram (selebriti Instagram atau instafamous) dan Tiktoker dari Aceh, Utara Sumatera telah mencestus kontroversi dan kekecohan dalam laman sosial di Indonesia. 

Gadis Aceh yang dikenali sebagai Mira Ulfa santai melantunkan ayat suci al-Quran sambil bernada dan suara yang seolah dibuat-buat. Walaupun memakai hijab tetapi pakaian Mira ketat dan berseluar pendek.

Selain itu, dia membaca ayat-ayat suci al-Quran dengan berlatarbelakangkan muzik yang lazimnya diperdengar di kelab-kelab malam.

Perbuatan Mira tersebut mengundang kecaman masyarakat terutama para netizen, lebih-lebih lagi ia dilakukan oleh warga Aceh yang dikenali masyarakatnya mendukung kesucian agama Islam.

Menyedari menerima kecaman masyarakat, Mira menarik balik video sensasinya, sebaliknya memuat naik video yang merupakan permintaan maafnya.

Mira Ulfa terpaksa mohon maaf atas perbuatan tidak wajarnya

"Assalamualaikum, nama saya Mira. Di sini saya mau minta maaf atas video saya yang beredar di dunia TikTok dan Instagram," kata Mira.

"Di sini saya meminta maaf sebesar-besarnya pada seluruh masyarakat terutama kepada masyarakat Aceh atas siaran live saya dalam Instagram," tambahnya.

Mira juga berjanji akan menjadi insan yang lebih baik setelah sengaja melakukan kesalahan itu

"Saya mau minta maaf dan saya sangat menyesali apa yang saya lakukan. Ke depannya saya berjanji akan menjadi lebih baik. Terima kasih. Wasalamualaikum," katanya.

Bagaimanapun permohonan maaf itu tidak dapat diterima oleh masyarakat Islam terutama di Aceh sehingga ada yang meminta pihak berkuasa memberi hukuman setimpal atas kesalahan Mira itu.


Video sensasi itu walaupun telah dipadam oleh Mira dalam laman Instagram dan TikToknya, namun masih boleh ditonton oleh masyarakat umum. Ini kerana video sensasi itu berjaya dimuat turun oleh sejumlah pemilik media sosial lain. Manakala, sejumlah media cetak dan elektronik turut memuatkan berita ini.

Sebelum tular, Mira aktif membahagikan kegiatan sehariannya dalam TikTok dan Instagram serta kegiatannya profesionalnya sebagai DJ di kelab malam.

Dalam TikTok Mira Ulfa dikenal dengan nama akaun @kekasih88 sementara di Instagram dengan akaun @miraulfa5. - KitaReporters

15
11
0
16
0

Copy Link: