Mengidam bukan-bukan! Sanggup gosok beg pada kambing! Hanya nak ambil bau! Tapi ada yang lagi rare!

Published by
KitaReporters


Bukan perkaraluar biasa seorang wanita mengandung mengalami tabiat pelik yang dipanggil mengidam. Cuma isunya di sini, ada sesetengah wanita mengandung mengidam sesuatu yang pelik dan kadangkala tidak masuk akal. 

Pening para suami mahu memenuhi kehendaknya itu. Tidak dituruti, takut isteri makan hati atau merajuk.



Perkongsian seorang lelaki mengenai isterinya yang sedang mengidam bau kambing, menarik perhatian sehingga ramai berkongsi pengalaman masing-masing. 

Bagi penulis, mengidam bau kambing bukanlah terlalu pelik atau susah untuk dipenuhi. Lainlah kalau mengidam nak bau harimau. Itu baru terkasima si suami nak memenuhinya.

Cuma penulis tertarik dengan pelbagai pengalaman yang dikongsi oleh para netizen dalam ruangan komen daripada video yang dimuat naik.



Sebelum itu, kita lihat dulu telatah si isteri yang mengidam bau kambing ini. 

Dalam video yang dikongsi, kelihatan seorang wanita tanpa teragak-agak menggosok-gosokkan begnya pada badan seekor kambing di sebuah tempat kunjungan ramai. 

Setelah misinya berjaya, dia tanpa teragak-agak terus menciumnya. 

“Pelik-pelik betullah kalau orang mengandung ni kan. Layan jelah,” tulis suami wanita tersebut. 




Ramai  netizenterhibur dengan telatah tersebut. Rata-rata faham situasi yang dilalui oleh suami isteri itu.

“Hahaha dia terus sedut bau tu, syahdu ya kak?” tulis netizen. 



Di sinilah bermulanya pelbagai perkongsian menarik dan rare

Paling penulis tertarik ialah perkongsian seorang wanita yang mengaku pernah mengidam sesuatu yang lebih pelik dan berbahaya. 

“Okaylah tu. Saya mengidam nak celup tangan dalam minyak panas masa goreng ikan. Adahampir-hampir nak celup tangan. Hahaha nasib baik fikir waras lagi,” ceritanya.




Ada juga netizen bagi tahu dia pernah mendengar kisah suami yang mengidam. Biasanya isteri yang mengidam tetapi ini terbalik pula, suami yang mengidam. 

Kalau mengidam setakat nak makan kuih bulan, okaylah benda mudah. Tetapi, si suami tu mengidam bulan yang lain.

“Pernah dengar suami yang ngidam nak naik ke bulan. Dah menangis laki bini tak boleh lepas hajat. Apa ke teruk benar ngidamnya tu,” katanya. 




Akhir sekali pengalaman seorang wanita yang mengidam menghidu bau tuala wanita. Menurutnya,kejadian itu berlaku ketika mengandungkan anak pertama.

“Saya mengandunganak sulung mengidam nak hidu bau pad wanita yang belum dipakai. Hari-hari ke kedai semata-mata nak hidu bau-bau tu sampai duduk bersila ya. Betul betul pelik,” kongsinya. - KitaReporters


11
15
0
15
0

Copy Link: