Forum keusahawanan belia bertajuk Sejauh Manakah Belia Mampu Bertahan dalam Pasaran Perniagaan akan diadakan pada 18 Mei 2024 di Dataran Lot 9, Kuala Perlis.

Menurut Pengarah Program Forum Keusahawanan Hari Belia Negara peringkat negeri Perlis, Roshaizam Izuddin Roslan Abd Ghani program ini adalah anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Negeri Perlis (GPMS) Perlis.

Katanya, program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat terutama golongan belia khususnya terhadap pembangunan ekonomi negara madani selain daripada menormalisasikan budaya ilmu dalam kalangan masyarakat.


Roshaizam Izuddin Roslan Abd Ghani.


"Moga inisiatif yang kami anjurkan ini dapat melahirkan golongan belia yang mempunyai visi yang jelas dalam diri dan kepada pembangunan negara nanti,” ujarnya lagi.

Roshaizam Izuddin menambah kemenjadian golongan belia dalam masyarakat amatlah penting dan perlu diberi perhatian kerana keampuhan tembok sesebuah negara terletak pada kemampuan dan kekuatan golongan belianya.

Oleh itu katanya penganjuran dan penglibatan belia dalam program seperti ini mampu menyambung legasi kepimpinan kini dan seterusnya membawa negara ke arah yang lebih baik.



Peranan belia juga perlu dititikberatkan supaya mereka bersungguh-sungguh dalam menimba ilmu pengetahuan terutama dalam bidang pendidikan yang dilihat kunci kepada kejayaan yang bagi melahirkan modal insan yang berkualiti dan mempunyai kemampuan intelektual yang tinggi.

Moga perancangan seperti ini dapat membantu negara di bawah seliaan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang dilihat memacu kemajuan belia dan sukan secara holistik dan memenuhi aspirasi negara melalui forum yang dianjurkan ini.

Forum ini bakal menampilkan dua orang ahli akademik yang berwibawa bagi berkongsi mutiara-mutiara ilmu kepada golongan belia negeri ini iaitu Dr Noorkartina Mohamad dan Muhammad Afiq Masri.


Dr Noorkartina Mohamad

Pensyarah Kanan (Ekonomi) Fakulti Perniagaan dan Sains Pengurusan Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Dr Noorkartina yang berpengalaman mengajar lebih lapan tahun di universiti ini akan berkongsi idea bersama lebih 200 peserta dalam forum itu nanti.

Beliau akan berkongsi idea mengenai keperluan ilmu akademik dan ketahanan dalam bidang keusahawanan nanti.

Walaupun kelebihan bekerja dengan Grab untuk mencari pendapatan sepenuh masa tetapi bayangkan sekiranya syarikat atau majikan mengambil keputusan untuk menyediakan makanan kepada kakitangannya, maka pendapatan pastinya akan terjejas.

Oleh itu bagi mendengar kupasan beliau mengenai keusahawanan dan belia jangan lupa di pentas Hari Belia Negara nanti pada 18 Mei 2024 di Dataran Lot 9, Kuala Perlis nanti. - KitaReporters



18
12
0
13
0

Copy Link: