Video| Babi betul? Mualaf bawa khinzir ke masjid untuk korban! Terkejut jemaah! Kurang faham hukum!
Published by
Umat Islam digalak membawa orang beragama lain untuk memeluk Islam. Namun golongan agamawan perlu memberi bimbingan yang cukup kepada golongan mualaf asas agama dan mengetahui halal dan haram setelah mengucap syahadah.
Kurangnya bimbingan agama boleh membuat seorang mualaf tersasar daripada mengamalkan hukum Islam terutama jika mereka tinggal di kawasan bukan Islam.
Satu peristiwa unik dan lucu berlaku di Kabupaten Papua di wilayah Nusa Tenggara Timur (NTT) iaitu wilayah paling timur Indonesia, perlu dijadikan pengajaran.
Kabupaten ini mempunyai kira-kira sejuta penduduk dengan lebih 90 peratus beragama Kristian Katolik dan Protestan dan penduduk Islam berkongsi dengan penduduk beragama Hindu, Buddha dan agama animisme.
Kerana baru beberapa bulan memeluk Islam dan masih kurang faham hukum hakam agama, seorang lelaki tetap berminat untuk melakukan ibadah korban.
Lalu dia membuat kejutan dengan pergi ke sebuah masjid pada hari pertama Aidiladha dengan membawa haiwan korban menggunakan sebuah lori pikap.
Haiwan yang dibawanya bukanlah lembu, kerbau atau kambing. Jemaah masjid terkejut dan menjadi gempar apabila lelaki itu membawa dua ekor babi gemok dan memberitahu haiwan tersebut untuk dibuat korban.
Jemaah masjid terpaksa memberitahu binatang itu haram dan tidak boleh dijadikan haiwan korban.
Seorang ustaz yang juga merupakan guru sebuah sekolah di kabupaten itu terpaksa memberi penerangan dengan secara berhemah kepada lelaki itu.
Setelah mendapat penerangan lanjut mengenai hukum hakam, mualaf itu meminta maaf lalu segera membawa keluar lori pikap berserta khinzir itu keluar dari kawasan masjid.
Ada yang terkejut. Ada yang menganggap ia perkara lucu. Dan ada yang menganggap ia satu penghinaan terhadap agama. - KitaReporters