COVID-19 selamatkan pasangan nak bercerai! Isteri kembali jatuh cinta! Selepas suami jaga masa sakit!

Published by
KitaReporters


KEHADIRAN COVID-19 sememangnya menjadi ‘tetamu tidak diundang’ bagi semua masyarakat di dunia. Namun dalam kesulitan tersebut terselit juga kebaikan dengan ‘tetamu’ berkenaan selepas menjadi penyelamat rumah tangga.

Perkara berkenaan berlaku kepada sepasang suami isteri di wilayah Jiangxi, timur China yang dikatakan telah membatalkan hasrat untuk bercerai kerana COVID-19.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan pasangan-pasangan bercerai


Memetik portal South China Morning Post.com, pasangan yang tidak dinamakan tersebut dikatakan  telah sepakat untuk berpisah dan membawa haluan sendiri. Mereka kemudian mengisi permohonan penceraian pada 14 Disember 2022 lalu.

Namun proses permohonan berkenaan terpaksa mengambil masa yang agak panjang dan dijangka siap pada Januari atau Februari 2023.

Sepanjang tempoh berkenaan pasangan tersebut juga dibenarkan tinggal serumah walaupun kedua-dua mengaku sudah tidak sehaluan untuk meneruskan kehidupan berumah tangga. 

Difahamkan si isteri yang menuntut cerai berkenaan kerana suaminya yang seorang yang pendiam dan terlalu kuat bekerja sehingga menyebabkan isterinya merasakan dirinya sudah tidak dicintai selain mengakui kesunyian dan kesepian



Tanpa diduga dalam tempoh berkenaan, si isteri dikatakan positif  COVID-19 sekali gus memaksa suaminya yang merupakan seorang pendiam selama ini menjaga isterinya sepanjang tempoh tidak sihat berkenaan.

Lebih mengujakan si suami juga sanggup memasak bubur dan hidangan lain kepada isterinya selain menjaga sepanjang isterinya dijangkiti COVID-19

Situasi berkenaan menyebabkan isterinya berubah hati dan terharu dengan layanan suaminya. Malah wanita itu mengakui dia tidak menyangka suaminya seorang yang penyayang dan sanggup menjaga sepanjang tempoh dirinya tidak sihat.

Kongsi wanita itu lagi, dia tidak pernah melihat sisi baik suaminya selama ini kerana suaminya seorang kuat bekerja jarang berada di rumah untuk menghabiskan masa bersama.



Situasi yang dialami menyebabkan wanita itu kembali jatuh hati kali kedua kepada suaminya kerana keikhlasan lelaki tersebut yang sanggup menjaganya sepanjang tempoh getir berkenaan.

Malah, pasangan berkenaan berbincang dan mengubah keputusan dan menarik semula permohonan untuk berpisah.

Terbukti, COVID-19 telah menyelamatkan bahtera perkahwinan yang dibina beberapa tahun lalu. Kini mereka kembali meneruskan kehidupan berumah tangga dengan aman.

Malah isterinya juga kini akur bahawa suaminya hanya seorang yang kuat bekerja dan bukannya tidak mencintai dirinya seperti yang digambarkan.

Inilah asam garam kehidupan, semoga pasangan berkenaan terus kekal bahagia melayari bahtera rumah tangga.  - KitaReporters


11
12
0
12
0

Copy Link: