Video| Dera kanak-kanak di tadika! Dua ditahan untuk siasatan! Akan dibawa ke mahkamah tujuan reman!
Published byBUKAN sahaja netizen malah Ibu Pejabat Polis Daerah Besut turut terkesan melihat video yang tular dalam media sosial yang memaparkan insiden kanak-kanak yang disyaki didera di sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di daerah Besut.
Ketua Polis Daerah Besut, superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, susulan kejadian itu, pihaknya menerima satu laporan oleh seorang pengadu pada 5 September 2024 yang merupakan ibu kepada kanak-kanak di dalam video tersebut.
Katanya, video berdurasi 0.25 saat yang tular dalam media sosial itu mendapat pelbagai reaksi netizen terhadap perbuatan pihak tidak bertanggungjawab tersebut
Dua mangsa dalam kejdian itu dipecayai seorang lelaki berusia tiga tahun dan perempuan satu tahun.
Beliau berkata, susulan itu pihaknya sudah menahan dua suspek berumur antara 26 dan 50 tahun dan akan dibawa ke mahkamah untuk direman pada Sabtu, 7 September 2024 ini.
Kes disiasat di bawah seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001 yang mana memperuntuk hukuman denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun atau kedua-dua.
“Hasil siasatan awal mendapati taska tersebut berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya dalam satu kenyataan media pada Jumaat 6 September 2024.
Pihak Polis meminta orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat mengenai kegiatan jenayah ke IPD Besut melalui talian 09-6952222.
Beliau berkata, pihak polis juga memberi amaran agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita tidak benar yang akan mengganggu siasatan polis. - KitaReporters