Vedio| Pencuri ayam kena hukum oleh penduduk! Dipaksa saling menampar! Baru diserahkan kepada polis!
Published by.
Kejadian jenayah di kawasan Tanjung Priok, Jakarta Utara, Indonesia semakin membimbangkan para warga.
Ia membuat para penduduk setempat membentuk pasukan kawalan keselamatan sendiri tanpa terlalu bergantung kepada tugasan pihak polis.
Sepatutnya dua pencuri itu terus dihantar ke balai polis oleh petugas kawalan keselamatan. Namun di tengah perjalanan mereka ditahan beberapa penduduk kaum lelaki.
Para lelaki itu lalu menjatuhkan hukuman sendiri kepada dua lelaki yang cuba mencuri ayam itu. Kedua-dua pencuri ayam itu diminta saling menampar. Dan kedua-dua pencuri itu terpaksa akur.
Salah seorang penduduk merakam aksi itu dalam video dan ia tular setelah dimuat naik dalam media sosial Instagram @moch.abian21 pada Selasa 10 Disember 2024.
Para warganet kebanyakannya tidak bersetuju dengan tindakan orang ramai menjadi hakim sendiri dalam soal jenayah.
Hanya selepas dihukum menampar sesama sendiri, kedua-dua pencuri ayam itu kemudian dibawa ke balai polis terdekat untuk tindakan lanjut. - KitaReporters