Kredit foto: Media sosial


SEHARI sebelum meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya, Allahyarham Mohamed Azmi Zakaria, 39, dari Kampung Pak Kancil, Setiu, Terengganu telah menunjukkan perangai ganjilnya apabila dia mengagihkan beberapa keping fotonya kepada rakan-rakannya sebagai kenangan terakhir jika dia tiada lagi di dunia ini.

''Kamu simpanlah baik-baik gambar aku ini kerana apabila aku mati nanti kamu boleh lihat gambar yang aku beri itu.

"Aku beri gambar kepada kawan-kawan kerana aku rasa sehari dua lagi aku akan mati," kata Mohamed Azmi yang masih bujang ketika memberi gambar-gambarnya yang siap dicuci pada rakan-rakannya pada 13 September 2022 lalu.


Allahyarham Mohamed Azmi Zakaria


Hal ini diceritakan oleh bapa saudara Allahyarham, Ismail Ahmad, 61, ketika ditemui di Kampung Pak Kancil pada Khamis, 15 September 2022.

Ismail memberitahu, dia mengetahui perangai anak saudaranya berubah dan menunjuk tanda-tanda bahawa dia akan pergi untuk selama-lamanya melalui beberapa rakan-rakannya yang menceritakan perangai Mohamed Azmi sedemikian itu.

"Sehari sebelum Mohamed Azmi terbabit kemalangan pada Rabu, 14 September 2022, Allahyarham ada berjumpa kawan-kawannya sama ada di rumah atau di kedai kopi untuk memberi gambarnya dan dia menyuruh kawan-kawannya itu menyimpan gambar itu baik-baik kerana apabila dia mati kawan-kawan boleh melihat foto dia.

"Awalnya, kawan-kawannya menduga kata-kata Mohamed Azmi seperti itu hanya gurauan tetapi kini ia menjadi kenyataan apabila dia meninggal dunia pada pukul 10,40 pagi akibat terbabit kemalangan di Kampung Setia Jaya, Merang, Setiu pada hari tersebut, " kata Ismail lagi.


Kredit foto-foto: Media sosial


Ketua Polis Daerah Setiu,  Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata Mohamed Azmi meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit di tempat duduk di bahagian kiri hadapan.

Sebelum insiden itu terjadi, Mohamed Azmi yang bekerja di pelantar minyak dikatakan dalam perjalanan bersama seorang rakannya dari kampungnya ke Kuala Terengganu.

Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi kemalangan itu, kereta Proton Waja dinaiki mangsa yang dipandu oleh Mohd Ridzuan Yahya, 39, dikatakan hilang kawalan dan terbabas sebelum bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dari arah bertentangan.



Beliau berkata, Mohd Ridzuan pula mendapat cedera parah kini masih dirawat di hospital. Manakala pemandu Toyota Hilux yang berumur 58 tahun dan dua anaknya hanya mengalami cedera ringan.

Afandi berkata, kes tersebut yang berlaku pada 14 September 2022 itu akan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - KitaReporters


Kredit foto-foto: Media sosial

13
12
4
11
4

Copy Link: