Syabas Mr DIY! Bantu pupuk gagasan Malaysia Madani! Ubah suai dapur untuk keluarga PPR yang bertuah!
Published byIa merupakan pengubahsuaian nadi sesebuah kediaman yang amat diperlukan bagi sebuah keluarga ini pada kala situasi semasa yang mencabar, semuanya terima kasih kepada peruncit perkakas rumah, Kumpulan Mr DIY (M) Berhad.
Keluarga yang terdiri daripada enam orang ini, merupakan penduduk lama Projek Perumahan Rakyat (PPR) Hicom Shah Alam, Selangor, dan merupakan penerima bertuah inisiatif tanggungajawab sosial korporat (CSR) peruncit dalam membantu rakyat yang kurang bernasib baik dan mereka yang melalui fasa yang mencabar.
Sesungguhnya ini bertepatan dengan gagasan Malaysia Madani yang mahu diterapkan dalam kalangan masyarakat di Malaysia termasuk syarikat-syarikat korporat seperti Mr DIY.
Sukarelawan Mr DIY Cares, pasukan jangkauan sosial peruncit, menjalankan ubah suai dapur keluarga terbabit.
Mereka membersihkan, memperbaharui, mengecat semula dan menyusun dapur menggunakan pelbagai peralatan pembaikan rumah yang terdapat di Mr DIY, termasuk penggelek cat, berus dan dulang cat.
Mereka juga memberi nafas baru kepada dapur itu dengan mengecat lapisan cat baharu, juga menambah peralatan dapur baharu, menyusun dan menambah rak penyimpanan, bakul, pemegang kutleri, rak penyimpanan 3 tingkat mudah alih, alas lantai, balang bekas, tong sampah, serta set mop putar dan penyapu.
Mereka sekeluarga melalui saat sukar sejak kebelakangan ini berikutan ketua keluarga ini mengalami masalah kesihatan slip disc (tulang rawan tergelincir), yang mengehadkan kemampuannya untuk bekerja dan terpaksa menyerahkan tugas menyara keluarga kepada isterinya, Siti Fatihah.
Kagum dengan ubah usia itu, Siti Fatihah berkata, "Terima kasih kepada Mr DIY kerana mengubah suai dapur kami.
"Kami amat menyukainya dan kerana memperoleh perkakas serta alatan baharu, yang pastinya akan memudahkan kerja-kerja memasak dan pembersihan. Kami sekeluarga amat menghargai bantuan yang sangat bermakna ini.”
Dalam program yang lain, sukarelawan Mr DIY Cares baru-baru ini turut menghulurkan bantuan kepada penduduk di PPR Bukit Jalil, Kuala Lumpur dengan mengagihkan sumbangan pek beras 10kg kepada 25 buah keluarga yang layak.
Mengulas mengenai kedua-dua inisiatif itu, jurucakap Mr DIY berkata, “Kejayaan kami hari ini adalah kerana kesetiaan dan komitmen rakyat Malaysia di seluruh negara, dan adalah wajar kami menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
"Kami sering membantu komuniti PPR di seluruh negara dengan menyokong mereka dengan cara yang berbeza, sama ada dengan mengubah suai kediaman mereka, atau membekalkan mereka dengan keperluan harian.
"Kami berharap dapat melakukan lebih banyak lagi dan menggalakkan organisasi korporat lain untuk melakukan perkara yang sama; mari kita laksanakannya bersama untuk Malaysia yang lebih baik." - KitaReporters/Kenyataan Media