AKAK-AKAK!! WASPADA PUTAR BELIT KES ROGOL

Published by
KitaReporters
SEBAGAI wanita kita berisiko untuk menjadi mangsa rogol di mana-mana sahaja. Ini juga telah dikongsikan oleh seorang peguam badan NGO yang menceritakan bagaimana seorang perogol cuba memutarbelitkan fakta selepas merogol mangsa. : KitaReporters

Gambar hiasan


Kisah ini telah dikongsikan di Twitter. Dalam kejadian ini si perogol dikatakan telah melanggar mangsa sehingga terpelanting ke longkang dan kemudiannya dirogol dengan kejam. 


Langgar secara sengaja untuk rogol

Pada hari kejadian, selepas mangsa dilanggar, beliau diangkat oleh perogol masuk ke dalam kereta oleh pelaku, di bawa ke rumah pelaku dan dirogol dengan kejam. 

Semuanya berlaku sekelip mata semasa mangsa dalam perjalanan untuk pergi kerja.


Ditiarapkan dan tangan diikat

Apa yang lebih memilukan mangsa adalah dalam keadaan sakit akibat cedera dilanggar, beliau ditiarapkan oleh pelaku dengan kasar agar tidak bergerak.

Tidak mampu untuk melawan pelaku, mangsa telah dirogol oleh pelaku dalam keadaan tangan diikat di belakang. Mangsa meronta, tetapi pelaku besar dan kuat menyebabkan tidak boleh melawan.  


Saya kena langgar, kena rogol

Kerana takut dibunuh, mangsa dikatakan memujuk pelaku dengan lembut agar dilepaskan untuk dihantar ke hospital kerana cedera teruk.

Mangsa dibawa ke klinik bukannya hospital, tetapi beliau sempat memberitahu jururawat di klinik tersebut yang dia dirogol dan dilanggar oleh pelaku. 

Kemudian kes ini dilaporkan pada pihak polis.


Pelaku putar belit fakta

Pelaku putar belit hingga ke pembelaan makhamah dengan menyatakan beliau terlanggar mangsa dan menyatakan mangsa tidak mahu dirawat lalu mengajak untuk minum.

Suka sama suka

Pelaku juga menyatakan bahawa dia dan mangsa melakukan hubungan ini kerana suka sama suka bukannya paksaan. 

Namun pihak makhamah menolak segala tuduhan pelaku selepas perkara ini disahkan sendiri oleh doktor yang merawat.

Wanita perlu berani

Peguam ini menasihatkan agar para wanita di luar sana agar berani untuk membuat laporan agar dapat disahkan oleh pihak ketiga.

Beliau juga berpesan agar segera membuat laporan polis untuk mendapatkan bukti. - KitaReporters

11
1
7
0
8

Copy Link: