Warga emas gali 16 tasik! Air untuk kambingnya, masyarakat!
Published bySETIAP insan pasti boleh tersenyum lebar sekiranya dapat membantu atau memberi kesenangan kepada insan lain terutama berdepan dengan masalah. Itulah yang dilalui Kalmane Kamegowda, seorang pengembala kambing dari sebuah perkampungan di Karnataka, selatan India apabila dapat menyelesaikan masalah air yang berlaku di kawasan penempatannya. : KitaReporters
Kalmane Kamegowda. - Kredit foto: AP/independent.co.uk
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan India:
https://kitareporters.com/search?search=india
Keikhlasan yang dilakukan oleh warga emas berusia 72 tahun itu membolehkan dirinya dipilih sebagai penerima pengiktirafan khas daripada Perdana Menteri, Narendra Modi kerana kebijaksanaan dirinya yang mampu menyelesaikan masalah rakyat.
Memetik laporan Indiatimes.com, dia mula menggali tasik selepas melihat binatang peliharaannya, kambing berdepan masalah ketika musim panas menyebabkan dia nekad mencari solusi lalu menggali tasik yang bukan sahaja memberi manfaat kepada kambing peliharaan tetapi juga penduduk setempat.
SANGGUP keluarkan modal sendiri hasil jualan kambing yang dipelihara untuk menggali tasik untuk kegunaan binatang dan juga masyarakat setempat. - Kredit foto: Indiatime.com
Walaupun tidak
pernah bersekolah namun lelaki tua yang mempunyai puluhan kambing itu sanggup menggunakan wang hasil jualan
kambing peliharaan untuk digunakan sebagai modal menggali tasik bagi kegunaan
orang ramai.
Kongsinya
lagi, empat tahun lalu dia berjaya menggali sebuah lagi tasik di penempatannya
menggunakan wang daripada hasil jualan kambing peliharaan.
“Wang
tersebut sebenarnya saya simpan untuk kegunaan menantu yang akan menjalani pembedahan
kerana mengalami komplikasi ketika mengandung namun tidak digunakan selepas dia berjaya
bersalin secara normal,” ujarnya yang menamakan tasik terbaharu yang digali sebagai Tasik Krishna.
Lebih membanggakan sepanjang usianya, Kamegowda telah berjaya menggali 16 buah tasik termasuk Tasik Krishna. Semua tasik yang digali diletak nama-nama tertentu bagi memudahkan dia mengingati tasik yang telah digali.
BAHAGIA dikelilingi binatang peliharaan yang banyak memberi idea untuk menggali lebih banyak tasik.
Malah semua itu memberi ‘sinar’ baharu kepada
penduduk yang berdepan masalah air.
Wah bagusnya…kalah
wakil rakyat!
Malah tasik-tasik yang diterokai itu tidak pernah kering walaupun pada musim panas, keadaan itu membuatkan penduduk setempat telah menggelarkan dirinya sebagai ‘Lelaki Tasik’ kerana kehebatan dirinya yang bijak memilih lokasi untuk dijadikan tasik.
BANYAK masa dihabiskan di tasik-tasik buatannya bagi memastikan kekal terjaga dan tidak disalahgunakan oleh penduduk setempat dengan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah.
Lebih membanggakan
tasik yang digali warga emas itu bukan sahaja memberi manfaat kepada haiwan peliharaan sebaliknya meringankan beban yang dialami penduduk
setempat yang berdepan masalah air.
Dia yang
mempunyai puluhan kambing kini yang tinggal di bangsal kecil di tepi rumah
anak lelakinya dan banyak menghabiskan masa bersama keluarga.
Malah dia juga merupakan invidu yang teliti apabila sanggup menjilid keratan akhbar mengenai dirinya selain menyimpan koleksi hadiah diperoleh daripada pemimpin-pemimpin negara. - KitaReporters