Bibi tidak dapat hidup tanpa Vanessa! Sanggup dihalau dari rumah ibu bapa akibat nikahi Vanessa!
Published byPOSTING terakhir Vanessa dan Bibi serta anaknya yang berada dalam Pajero Sport sebelum kenderaan itu terbabit dalam kecelakaan di Tol Jombang-Mojokerto, Surabaya pada Khamis, 4 November 2021. - Kredit foto : Tribunnews.com
MESKIPUN artis terkenal, Vanessa Angel dan suaminya, Febri 'Bibi' Ardiansyah telah meninggal dunia dengan penuh tragis dalam kecelakaan di Tol Jombang-Mojokerto, Surabaya pada 12.36 pagi (WIB) pada Khamis 4 November 2021 lalu, namun kisah cinta pasangan suami isteri yang sedih dengan penuh duka lara itu viral dalam media sosial.
Ia termasuk Bibi sanggup dihalau dari rumah oleh kedua-dua orang tuanya kerana berkahwin dengan artis kesayangan ramai itu.
“Bapak tidak setuju saya berkahwin dengan Vanessa dan dia tidak hadir pada majlis perkahwinan saya kerana tidak suka sama Vanessa,’’ kata Bibi dalam saluran YouTube Denny Sumargo pada Ogos 2021 lalu.
Lagi cerita-cerita dari Indonesia berkaitan Vanessa Angel
PASANGAN suami isteri Vanessa dan Bibi yang sehidup semati. - Kredit foto : Tribunnews.com
Meskipun begitu, Bibi tetap melangsungkan perkahwinan dengan Vanessa kerana sebelum itu Bibi pernah berjanji bahawa dia tidak akan meninggalkan kekasihnya dan tidak akan mempersia-siakan hidup Vanessa selagi hayatnya di kandung badan walaupun dia dihalau oleh kedua-dua orang tuanya.
Bukan setakat itu sahaja, bapanya pula mengambil sebuah perniagaan yang dikendalikan oleh Bibi di kawasan Tanah Abang, Jakarta Pusat akibat dia masih meneruskan hubungan yang terlarang dengan artis itu.
Menurut Bibi, perniagaan tersebut adalah hasil usahanya sendiri tetapi dia terpaksa mengalah kerana menghormati kedua-dua orang tuanya.
Ketika itu, kata Bibi, pelbagai masalah yang terpaksa dilalui sepanjang percintaan dia dengan Vanessa sehingga dia adakalanya terfikir untuk melupakan Vanessa yang amat disayangi itu.
“Namun saya akui bahawa saya tidak dapat hidup tanpa dia (Vanessa) dan saya hampir mengadai Vespa saya kerana menghadapi masalah kewangan,’’ kata Bibi dalam video berkenaan.
CINTA abadi Vanessa dan Bibi disemadikan di dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Malaka, Pesanggrahan, Jakarta Selatan pada pagi Jumaat 5 November 2021. - Kredit foto: Suara.com
Kredit foto : Suara.com
Dalam kemalangan pada Khamis, 4 November 2021 tersebut kenderaan Pajero Sport Mitsubishi yang dinaiki oleh Vanessa dan Bibi serta anak lelaki mereka terbabas di KM 673 lebuh raya sebelum melanggar tembok tol berkenaan.
Ia menyebabkan pasangan suami isteri yang berkahwin pada 11 Januari 2020 itu terbunuh di tempat kejadian dan Vanessa yang berusia 27 tahun itu tercampak keluar sejauh tiga meter dari kenderaannya.
Manakala pemandu mereka, Tubagus Jody, 46, yang membawa kenderaan itu dengan kelajuan 159 kilometer/jam termasuk anak mereka, Gala Sky Andriansyah berusia satu tahun empat bulan dan pembantu rumah terselamat dalam kemalangan berkenaan.
Kredit foto : Tribunnews.com
Mayat suami isteri yang sebelum ini pernah berjanji sehidup semati semasa mereka melayar bahtera cinta itu disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Malaka, Pesanggrahan, Jakarta Selatan pada puul 9.00 pagi (WIB) Jumaat, 5 November 2021.
Kini berakhir sudah kisah cinta yang dilalui sepasang suami isteri itu dengan onak dan duri itu yang tinggal kenangan dalam kalangan peminat Vanessa dan kematian pasangan suami isteri itu dilihat seolah-olah tuhan menyayangi mereka.
Selain itu, peminat Vanessa itu melihat tuhan turut merestui cinta dan kasih sayang mereka kerana kematian mereka adalah bersama di satu lokasi dan pada hari yang sama serta diabadikan dalam satu liang lahad pada pagi Jumaat hari yang mulia. - KitaReporters
PAJERO Sport Mitsubishi yang dinaiki pasangan suami isteri artis itu dan anaknya termasuk dua penumpang lain remuk selepas terbabas sebelum melanggar tembok tol di Jombang-Mojokerto pada Khamis, 4 November 2021 lalu. - Kredit foto : Tribunnews.com
SEMOGA Vanessa dan Bibi tenang di sana. - Kvaneredit foto: Suara.com