Cari jodoh! Yesi hanya minta jumlah mas kahwin ikut usianya!
Published byLagi cerita-cerita dari jodoh:
https://kitareporters.com/search?search=jodoh
Wanita dikenali sebagai Yesi Indolasari ini meminta mas kahwinnya sesuai dengan umurnya. Yesi kini berusia 37 tahun.
Justeru dia meminta mahar (mas kahwin) sebanyak Rp37 juta (RM100) dan 37 gram emas tulen. Dan jumlahnya akan meningkat sesuai dengan peningkatan umurnya.
Perkara ini dinyatakan dalam satu rakaman video yang dan kemudian dimuat nail dalam akaun Instagram @lambe_turah pada Rabu, 9 September 2020.
Selain itu, Yesi turut meminta hadiah tambahan.
Menurut Yesi, jika suaminya nanti dapat memecahkan perawannya, dia akan meminta suaminya itu membelikan sebarang kereta jenis automatik secara tunai. Selain itu, Yesi juga meminta suaminya melunaskan hutang banknya sebanyak Rp150 juta (RM600).
Dalam video itu, Yesi berkata perbuatannya itu bukan untuk menjual diri, sebaliknya salah satu cara untuk mendapatkan kehidupan lebih selesa.
Ada yang menggunakan gegantung untuk mencari jodoh. - Gambar hiasan
Kenyataan Yesi mengundang teguran sinis daripada sejumlah netizen, hingga ada yang meminta Yesi berkahwin pada usia lebih lanjut kerana akan menerima mas kahwin dan emas lebih banyak.
Jumlah yang diminta oleh Yesi sebenarnya tidak memberi masalah kepada lelaki yang berpendapatan stabil.
Namun yang menjadi tanda tanya orang ramai siapakah lelaki yang sanggup menjadi suaminya kerana dia sudah dalam kategori anak dara tua dan usianya mempunyai paras kurang menarik.