Video| 100 pemuda di Pattani, Thai kumpul beras, wang! Diserahkan kepada mangsa banjir Malaysia!
Published byPemuda Muslim Thai bersiap sedia untuk bergerak ke rumah-rumah di daerah Membalor untuk menerima sumbangan beras dan wang.
ATAS dasar membantu saudara seagama yang berdepan musibah, kira-kira 100 pemuda dari Kampung Membalor di wilayah Pattani di selatan Thailand berganding bahu sesama mereka mengumpulkan beras sebelum diserahkan kepada mangsa terjejas banjir di Malaysia.
Semua itu dilakukan sebagai tanda solidariti dan memahami keperitan serta kesesangsaaran mangsa yang terjejas akibat bencana banjir.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan bantuan kemanusian
Katanya, semua itu dilakukan tanpa paksaan sebaliknya secara sukarelawan selepas mengetahui keadaan banjir teruk yang melanda beberapa negeri di Malaysia sehingga melepasi bumbung kediaman dan ada yang kehilangan harta benda sekelip mata.
Beras-beras yang diterima dibawa ke tempat pengumpulan.
“Kami hanya menggunakan motorsikal mengeliling kampung bagi mengutip sumbangan ikhlas daripada penduduk kampung ini yang dikhaskan kepada mangsa banjir di Malaysia.
"Kesemua beras dan sumbangan yang diterima ini diserahkan kepada wakil NGO di kampung kami yang menjadi perantara kepada masyarakat di Malaysia,” ujar salah seorang pemuda yang enggan menyatakan namanya.
Wakil pemuda-pemuda itu menjelaskan semua bantuan yang dikumpulkan itu diharap dapat meringankan keluarga mangsa-mangsa banjir nanti.
Moga sumbangan ini bukan sahaja dapat meringankan beban mangsa-mangsa banjir yang terjejas teruk tetapi aktiviti yang dilakukan itu diyakini mampu mengeratkan hubungan sesama sendiri.
Kongsinya aktiviti itu juga diharap dapat meringankan beban mangsa berdepan banjir .
"Walaupun kami tidak boleh turun padang bersama-sama membantu membersihkan kawasan tetapi melalui insiatif dan sumbang yang dihantar ini mampu memberi semangat dan meringankan beban masyarakat di Malaysia. - KitaReporters
Kaum wanita juga tidak melepaskan peluang melakukan kerja sukarelawan bagi menghimpunkan beras dan sumbangan sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Malaysia yang berdepan musibah.