Video| Terima kasih Adam! Anak usia 9 tahun kumpul duit raya! Beli hadiah kepada ibu! Cincin emas!

Published by
KitaReporters


KANAK-KANAK adalah insan paling gembira setiap kali tibanya Hari Raya Aidilfitri kerana ramai orang yang berkongsi rezeki kepada mereka dengan hati yang sangat terbuka dengan memberikan duit raya. Walaupun RM1, seorang kanak-kanak itu berasa sangat gembira.

Ini kerana kanak-kanak tidak mengerti jumlah nilai RM tersebut tetapi lebih menghargai mereka yang memberikan kepada mereka.

Namun seorang wanita berkongsi dalam TikToknya kisah seorang kanak-kanak melahirkan rasa yang sangat terharu dengan menggunakan wang rayanya untuk membeli hadiah kepada ibunya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan duit raya



Kanak-kanak yang bernama Adam ini menggunakan sebahagian daripada duit rayanya untuk membeli cincin emas kepada ibunya

Dikatakan kanak-kanak ini juga bekerja dan mengumpul duit rayanya untuk membalas jasa ibunya yang membesarkannya.

Lebih mengharukan kanak-kanak ini kelihatan melakukan sendiri pembelian cincin emas tersebut kecuali hal pengiraan wang yang perlu dibayar.  

Ibu kepada kanak-kanak ini meluahkan rasa gembira di atas usaha anaknya yang tidak pernah berkira dan kedekut. 



Sementara itu, rata-rata netizen memuji sikap adik ini dan berasa sangat kagum kerana sanggup berkorban masa dan tenaga pada usia yang sangat muda bagi menggembirakan hati ibunya. 

Didoakan semoga rezeki adik Adam melimpah ruah, berkat doa daripada seorang ibu! - KitaReporters

15
11
0
10
0

Copy Link: