Video| Apabila si ayah menangis! Saya nak ajar tak pandai! Ngadu anak-anak tercicir kelas PdPR!
Published bySEORANG ayah tidak akan tunjuk sedih mereka di hadapan anak sebaliknya akan mempamerkan karakter kuat sebagai ketua keluarga. Nama pun ayahkan. Dia sentiasa akan bagi yang terbaik untuk anaknya.
Namun sekuat mana pun seorang ayah, pasti akan luluh hati mereka jika perkara itu melibatkan anak mereka.
Seorang pemanggil membuat panggilan ke radio Suria FM dalam segmen Suria Pagi meluahkan perasaan hingga satu tahap beliau sendiri tidak mampu bertahan lalu menangis.
Ini kerana anak beliau tidak dapat sertai kelas Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara dalam talian ketika ini dek kerana masalah yang dihadapi keluarga mereka.
''Saya nak tolong ajar pun saya pun tak pandai," kata si ayah.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan PdPR
Kredit video: IG Suria FM
Jika kita dengar apa yang diluahkan oleh si ayah itu, cukup meruntum jiwa kita sebagai pendengar.
Bayangkanlah si ayah begitu berharap anaknya dapat belajar dan sudah pasti harapan tinggi untuk melihat kelima-lima anaknya berjaya dan mengubah nasib keluarga mereka.
"Kita suruh dia belajar tapi bila dia tanya balik, kita tidak dapat nak menjawab apa yang ditanya. Ayah suruh belajar sebab ayah pun tak tahu," luahan si ayah.
Si ayah ini susah nak menanggis tapi bila mana beliau sudah menangis itu bermakna si ayah benar-benar sedih kerana tidak dapat membantu anak-anaknya bagi yang terbaik.
Ketika ini kita tahu, sekolah terpaksa ditutup kerana COVID-19 dan kelas PdPR secara dalam talian diadakan.
Namun begitu, tidak semua orang berkemampuan untuk ikuti sesi pembelajaran ini.
Bayangkan jika sesebuah keluarga itu ada anak ramai dan berada di kawasan pendalaman? Bagaimana nasib mereka?
Melihat ruangan komen, ramai netizen melontar pendapat dan ada juga yang sedih apabila mendengar kisah si ayah ini. - KitaReporters