Video| Tersalah cara pakai pelitup muka! Abang polisi bantu nenek letakkan posisi yang tepat!
Published byMESKIPUN menjalani kehidupan dengan norma baharu hampir dua tahun sejak 'kedatangan' Covid-19 dengan mewajibkan pemakaian pelitup muka namun ada lagi yang kurang arif dengan pemakaian itu terutama golongan warga emas.
Terbaharu tular dalam medsos apabila kejadian melucukan
berlaku melibatkan seorang nenek yang memakai pelitup muka itu dengan cara
yang salah.
Namun si pemakai itu langsung tidak menyedari kesilapan itu kelihatan selamba apabila ditegur oleh anggota polis yang bertugas.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pelitup muka
Menerusi perkongsian dalam aplikasi Tiktok @said_qori
yang merupakan seorang anggota polis di Indonesia yang cuba membantu seorang
nenek yang memakai pelitup muka dalam keadaan posisi yang salah.
Menurut anggota polis itu nenek berkenaan yang bersendirian di kawasan anggota itu bertugas.
Ketika kehadiran warga emas berkenaan, anggota polis menyedari pemakaian pelitup muka dengan cara yang salah sebelum sempat bertanya kepada nenek itu dari mana dia mendapatkan pelitup muka berkenaan.
Namun nenek berkenaan hanya mendiamkan diri dan langsung tidak menjawab pertanyaan itu.
Mungkin juga ketakutan apabila ‘ditegur’ anggota polis menyebabkan dia hanya membisu seribu kata.
Lucunya, nenek itu tersalah pakai pelitup berkenaan
yang sepatutnya menggunakan pelitup itu secara melintang dan mengikat tali
berkenaan di belakang kepala.
Sebaliknya nenek itu pula memakai dengan cara menegak
sambil menyelitkan tali itu di bahagian telinga menyebabkan pelitup itu
kelihatan panjang.
Kesian…
Tanpa melengah masa, anggota polis tersebut menawarkan diri membetulkan posisi pelitup berkenaan.
Selesai sahaja membetulkan pemakaian pelitup itu, anggota polis sempat berseloroh dan mengambil tangan nenek itu menyerupai bersalam. Malah nenek berkenaan hanya membiarkan diperlakukan sedemikian.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tergelak
dengan cara nenek berkenaan memakai pelitup berkenaan.
Malah ada juga memberi tabik kepada anggota polis itu yang sanggup membetulkan pemakaian pelitup itu tanpa mengenakan saman kepada warga emas berkenaan.
Terima kasih abang polisi! - KitaReporters