Semua ikan tidur! Anak teringin ke akuarium tapi bapa bawa ke pasar! Kerana kekangan kewangan
Published byAkuarium Sentosa mula dibuka kepada orang ramai pada November 2012. - Kedit foto: traveloka
SEBAGAI ibu bapa, mereka semestinya mahu yang terbaik untuk anak-anak, apa sahaja kemahuan anak sebolehnya mahu dituruti namun tidak semua mampu melakukan kerana pelbagai masalah yang dialami termasuk kekangan kewangan.
Kisah sama turut berlaku kepada seorang bapa muda di Singapura yang terpaksa mencari helah selepas keinginan anaknya tidak mampu diikuti.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan ibu bapa
Menurut Radee Ibrahim menerusi posting dalam Facebook peribadinya, anaknya menyuarakan keinginan mengunjungi Akuarium Sentosa namun disebabkan masalah kewangan yang dihadapinya terpaksa mencari helah lain bagi menunaikan keinginan si kecil berkenaan.
Malah bagi tidak membuatkan anaknya berasa sedih, Radee mencari ‘jalan’ dalam menyelesaikan masalah.
TERPAKSA mencari helah bagi mengelak anak lelakinya kecewa kredit Foto facebook Radee Ibrahim.
Sebagai ganti bapa muda itu membawa anaknya ke pasar basah yang penuh dengan ikan segar.
Lucunya apabila sampai di pasar dia memberi alasan
kepada si kecil itu semua ikan yang ada di ‘akuarium’ itu sedang tidur.
Kreatif juga idea Radee, jadi anak taklah kecewa sangat!!
KREATIF dengan menjelaskan kepada si kecil itu semua ikan di'akuarium' itu tidur .Kredit Foto dreamstime.com.
Hantaran yang dikongsi itu menjadi tular dalam media
sosial dan selain itu, ramai memuji kesungguhan dan kebijaksanaan dirinya walaupun terpaksa menipu si
kecil.
Malah menjenguk ke ruangan komen pelbagai respons diterima daripada netizen yang kagum dengan idea kreatif berkenaan.
Sabarlah dik… semoga suatu hari nanti kenginanmu menjejak kaki ke akuarium itu ditunai oleh ayah apabila poketnya menebal.
Semoga Radee dan keluarga dimurahkan rezeki terhadap pelbagai dugaan dalam membesarkan anak ini. Yang penting banyakkan bersabar dan bordoa. - KitaReporters
TERPAKSA bawa ke pasar sebagai ganti bagi mengelak anak kecewa.