SELEPAS kemelut demi kemelut, drama demi drama, akhirnya Amerika Syarikat memutuskan bahawa Donald Trump tidak lagi bergelar presiden negara mereka. November 2020 menjadi saksi kepada seluruh dunia bahawa majoriti rakyat negara kuasa dunia itu tidak lagi mahu melihat Trump memimpin negara tersebut melalui amalan demokrasi. : KitaReporters



Lagi cerita-cerita berkaitan Donald Trump

https://kitareporters.com/search?search=donald+trump


Menurut laporan media CNN, pencabar Trump dalam siri pemilihan Presiden Amerika Syarikat yang baharu iaitu Joe Biden telah berjaya mengalahkannya dengan mendahului 279 undi. Ini sudah mencukupi untuk mengisytiharkan Biden sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke-46 kerana beliau hanya memerlukan 270 untuk sah sebagai Presiden.

Calon demokrat itu dilaporkan memperoleh 284 undi elektoral, manakala Donald Trump dari Republikan hanya 214 undi. Bukan itu sahaja, Biden juga dilaporkan 'tapau habis' di Wisconsin, Michigan dan juga Pennsylvania.

Ketika perkara itu diumumkan oleh media antarabangsa, reaksi netizen dalam media sosial sangat teruja dan amat memberangsangkan. 

Mereka rata-rata 'meraikan' kekalahan Trump ini dengan pelbagai cara yang tersendiri.







Trump merupakan seorang jutawan hartanah antarabangsa yang bertanding mewakili Republikan pada tahun 2016 dan merupakan Presiden Amerika Syarikat ke-45 yang banyak kontroversi.

Pada 8 November 2016, Trump menjadi 'trending' dalam media sosial seluruh dunia kerana membuat kejutan tanpa disangka-sangka kerana berjaya mengalahkan calon 'favourite' daripada Parti Demokrat, Hillary Clinton, apabila berjaya memperoleh undi lebih daripada majoriti mudah 270.

Badan Perwakilan Pemilih Amerika Syarikat (AS) mengesahkan Trump memperoleh 306 undi daripada 538 pemilih pada waktu itu, sekali gus mengukuhkan kedudukan beliau menerajui AS bermula hujung tahun 2016. - KitaReporters


23
1
2
4
1

Copy Link: