BERBUKA PUASA DI HSB!! ASHRAF KONGSI MOMEN
Published byIa dilakukan secara sederhana dan dimulakan dengan berdoa beramai selama 5 minit sebelum azan dan makan secara sederhana dan kemudian menunaikan solat maghrib dan solat tarawih.
"Berbuka puasalah dgn penuh adab, berdoalah 5 minit sebelum azan maghrib kerana waktu itu adalah waktu yg paling mustajab.
"Dan bersederhanalah waktu kita makan juadah berbuka puasa kerana takut nnti tak larat nak terawikh.. ok guys selamat menunaikan solat terawikh,” kata Ashraf dalam akaun Instagramnya @ashrafmuslim.
Sehari sebelumnya Ashraf bersolat tarawih kali pertama bersama pesakit Covid=19 yang lain.
Pada Khamis, 23 April 2020, Ashraf turut menerima ucapan selamat menyambut Ramadan daripada isteri-isteri dan anak-anaknya dalam kiriman video ke IG-nya.
Dia menerima kiriman video itu kira-kira jam 10.30 malam apabila membuka telefon pintarnya sebaik selesai menunaikan solat tarawih pada malam pertama.
Ashraf atau nama penuhnya Muhd Ashraf Muslim, disah dijangkiti Covid-15 ketika menjalani penggambaran drama berjudul ‘Demi’ di Inverness, Scotland Mac 2020.
Dia pulang ke tanah air pada 31 Mac 2020 dan menjalani kuarantin sendiri selama dua minggu.
Pada 12 April 2020, Ashraf dijemput dari rumah bagi menjalani rawatan lanjut di HSB.
Ashraf mempunyai dua isteri iaitu Noor Dayana Lokman (kahwin 2011) dan Wan Sakinah Ahmad Saburi (2013) serta empat anak.
ashrafmuslim : Ramadhan kali ini.
Malam ini.. adalah malam paling bersejarah dalam hidup AM. Pertama Solat terawikh berjemaah di Wad Pesakit Covid dan kedua dapat surprise video dr mama dan ibu nih... Ni lah nak cerita skit. Lepas solat terawikh kul 10.30 mlm td.. AM nk makan malam yerlah tgh laparlah kn sbb tak mkn ptg td. So.. tgh makan nih tangan kiri pun capai handpone nak tgk message. So bila buka jer dpat video nih.. Allahuakbar.. sambil makan nih, AM tak sedar air mata dah mengalir.. Aduhai.. sedih aaarr.. tak baiklah buat mcm ni.. dah lah ayah kat wad. Makan pun tak habis terus basuh tgn... waaa 😭! Mama ibu dan anak-anak..Sabar yer.. tunggu ayah skit lagi.. insyAllah bila semua dah selesai ayah balik k.. love and miss all of u!