Video| Ebit Lew di Kelantan! Bantu ibu tunggal bangsa Cina! Biaya pelajar ijazah perakaunan!
Published byKETIKA menjalankan kerja amal di Kelantan pada Khamis, 11 Februari 2021, usahawan budiman, Ebit Lew memberi bantuan kepada golongan memerlukan di dua lokasi berbeza iaitu Tumpat dan Kota Bharu.
Dalam ziarah amal di Kota Bharu, Ebit mengunjungan ibu tunggal berketurunan Cina bernama Koh Kim Keok, 48, yang hidup dalam kemiskinan tegar terutama sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Di Tumpat pula, Ebit menemui pelajar cemerlang Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tumpat, Nurul Asma Alya Mohd Zainal dan keluarganya di rumahnya.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Ebit Lew:
Ebit Lew merasa memandu kereta yang disumbang kepada Koh Kim Keok.
Kehidupan ‘miskin tegar’ Kim Keok mendapat liputan beberapa media termasuk laporan agensi berita BERNAMA baru-baru ini.
Berdasarkan laporan media itu dan Kim Keok mengenali nama Ebit Lew dan ingin mengenali secara dekat tokoh amal ini, menyebabkan Ebit menunaikan impian Kim Keok.
Ebit datang bukan dengan tangan kosong, sebaliknya dengan beberapa barangan untuk sambutan Tahun Baharu Cina bagi membolehkan ibu tunggal itu melakukan ‘makan besar’ dan memberi sejumlah wang bagi menyambut Tahun Baru Cina sekeluarga dengan agak selesa.
Namun Kok Kim Keok terkejut, bukan hanya diberi beberapa barangan keperluan harian dan beberapa kotak limau Mandarin.
Ebit Lew menulis:
"Ziarah ibu tunggal chinese Koh Kim Keok di Kota Bharu, saya hadiahkan kereta Myvi dan Tab serta sedikit duit belanja dan akan bayarkan sewa rumah setiap bulan. Gong Xi Fa Chai.
"Masa sampai tadi kakak ini menangis. Saya dapat info yang keluarga ini susah dan dah lama tiada makan besar dan tiada sambutan tahun baru cina. Walau chinese non muslim tapi dia kenal saya. Katanya selalu berdoa nak jumpa ustaz. Hari ini tiba-tiba ada depan mata.
"Selepas kematian suami, kakak ini besarkan anak yang ramai seorang diri dengan kerja kedai kopi chinese. Masa pkp gaji sehari Rm20. Dulu Rm30. Sebulan dapat Rm600. Anak yang baju merah tu memeluk Islam dah lama. Tapi mereka hidup dengan penuh kasih sayang.
"Anak perempuan berhenti belajar Nursing kerana tiada duit untuk bayar ada yuran Rm800. Sedih lak dengar. Mula kerja kedai makan bantu keluarga. Saya cadangkan untuk sambung belajar semula. Kami akan tanggung yuran jika belajar semula.
"Tiada kenderaan untuk hantar anak sekolah. Dulu ada kereta lama dah jual besi buruk. Saya terus ajak beli kereta. Terus dapat tadi. Kereta Myvi. Menangis kakak gembira sangat.
"Terima kasih JKM ada beri duit bulanan. Terima kasih Yb dan Menteri. Terima kasih zakat. Terima kasih Penghulu dan ketua kampung. Terima kasih jiran dan masyarakat setempat. Terima kasih NGO tempatan. Terima kasih Media yang maklumkan pada saya. Terima kasih semua.
"Semoga menjadi asbab kebaikan. Happy Chinese New Year. Selamat makan besar semua - Ebit Lew"
Kereta sumbangan Ebit bagai mimpi bagi Kim Keok dan anak-anaknya.
Ebit turut membantu membayar sewa bulanan rumahnya dan memberi tablet untuk membantu Pengajaran dan Pembelajaran Atas Talian (PdPAT) untuk anak-anak.
Sebaliknya Kim Keok terkejut dan mengalirkan air mata apabila Ebit membawanya ke sebuah kedai kereta bagi memilih sebuah kereta jenis Perodua Myvi.
Ebit membelikan kereta itu bagi memudahkan Kim Keok menjalankan kegiatan harian seperti menghantar tiga anaknya ke sekolah. Kereta lamanya sudah dijual ke kedai barangan lusuh.
Kim Keok menjadi pencari rezeki keluarga setelah kematian suaminya Ong Ban Awan kira-kira 11 tahun lalu meninggalkan lapan anak yang sebahagian masih kecil di sebuah rumah kampung yang sudah uzur.
Kim Keok selama ini bekerja di sebuah kopitiam dengan upah RM30 sehari. Namun ketika PKP, upahnya diturun menjadi RM20 sehari.
Ebit bersama Koh Kim Keok dan sebahagian daripada anak-anaknya.
Bagi menampung kehidupan Kim Keok menerima sumbangan daripada pihak termasuk Lembaga Zakat Kelantan dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) cawangan Kelantan.
Di samping itu dia menerima bantuan dua anak yang bekerja di Singapura iaitu Muhammad Adam Haikal Ong, 26, dan Muhammad Danish Ong, 23.
Dua lagi anak perempuan juga memeluk Islam. Namun Nur Hidayah Ong, 24, tidak tinggal bersama.
Namun Nur Aisyah Ong tinggal bersama Kim Keok dan adik beradik lain. Walaupun berlainan agama Kim Keok tetap menghormati pegangan anaknya dengan turut menyediakan ruangan bersolat di rumahnya dan soal makanan.
Kim Keok juga mempunyai ramai kawan beragama Islam menyebabkan dia menghormati agama Islam.
Salah seorang anak perempuannya terpaksa berhenti daripada mengikuti kursus bidang kejurawatan kerana tidak membayar yuran bernilai RM400. Dia kemudian bekerja di sebuah kedai bagi meringankan beban keluarga.
Ebit meminta anak perempuan itu menyambung pelajaran dengan pendakwah bebas itu sedia menanggung pembelajarannya.
Dalam Facebook dan Instagramnya, Ebit mengucap terima kasih kepada semua pihak yang menghulurkan sejumlah bantuan kepada Kim Keok sekeluarga.
Ebit berharap dengan sumbangan itu menceriakan Kim Keok sekeluarga menyambut Tahun Baharu Cina.
Nurul Asma Alya Mohd Zainal dan ibunya menangis melihat Ebit Lew muncul di pintu rumah.
Terdahulu sewaktu di Tumpat pada sebelah paginya, Ebit menemui pelajar cemerlang dari Maktab Rendah Sains MARA, Tumpat, Nurul Asma Alya Mohd Zainal dan keluarga di rumahnya.
Nurul Asma menghadapi masalah kewangan untuk melanjut pelajaran pada peringkat ijazah perakaunan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA). Ketika mengikuti kursus pada peringkat diploma, Nurul Asma mendapat CGPA 3.95.
Dalam laman Facebook dan Instagramnya, Ebit menyatakan akan menanggung kos pengajian peringkat ijazah yang dianggar lebih RM40,000 termasuk penginapan.
Ebit menghadiahkan sebuah komputer riba untuk kegunaan pembelajaran Nurul Asma.
Ebit menulis:
Nurul Asma membuka komputer riba yang dihadiah Ebit sambil diperhati oleh adik beradiknya.
Menurut Ebit apabila sampai dekat pintu, Nurul Asma dan ibunya menangis kuat melihat wajahnya.
Ebit terharu apabila terbaca kisah sedih Nurul Asma yang menghadapi masalah kewangan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Justeru Ebit tidak melepaskan peluang menemui pelajar cemerlang itu.
Menurut Ebit, dia sudah menghubungi pihak universiti yang menyatakan Nurul Asma boleh mendaftar pada April nanti.
Ebit turut menghadiahkan Nurul Asma sebuah komputer riba, dan router serta wifi digi percuma setahun. Ebit turut memberi sedikit sumbangan duit untuk mak Nurul Asma.
Perpisahan dalam kunjungan itu diiringi esak tangis Nurul Asma, ibunya dan adik beradik yang tidak menyangka kedatangan jutawan budiman yang memberi sinar bahagia.
Nurul Asma dan ibunya mengalir air mata apabila Ebit Lew hendak pulang.
Misi kebajikan Ebit pasti akan memberi ‘sinar harapan’ kepada individu-individu tertentu.
Kehadirannya terus dinanti dan diharap muncul lebih ramai insan mulia seperti Ebit Irawan Ibrahim Lew (Lew Yun Pau) yang menjadi usahawan amal dalam usia belia iaitu 35 tahun. - KitaReporters