Zulkarnain Hassan meninggal dunia! Pengulas sukan disegani!
Published byINNALILLAHI wainna ilaihi rojiun.... Bidang penyiaran sukan kehilangan seorang tokoh penyiaran dan pengulas sukan yang dihormati. Zulkarnain Hassan menghembuskan nafas terakhirnya jam 11 pagi hari ini, Khamis 1 Oktober 2020. : KitaReporters
Kredit foto: bustamann.blogspot.com
Lagi cerita-cerita berkaitan penulis sukan:
https://kitareporters.com/search?search=penulis+sukan
Sehubungan itu, Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.
Menurut Presiden SAM, Dato' Jasni Shafie, SAM merasakan kehilangan yang sangat besar dalam dunia kewartawanan sukan.
"Allahyarham Zulkarnain sememangnya adalah seorang pengulas sukan radio dan TV yang hebat pada waktu seangkatan dengan era Dato’ Rahim Razali dan Allahyarham Dato’ Hasbullah Awang.
"Allahyarham Zulkarnain juga pernah menjadi Exco SAM dan sumbangannya kepada dunia kewartawan sukan sangat tidak ternilai," tegas Shafie dalam satu kenyataan.
Allahyarham Zulkarnain Hassan (kiri). - Kredit foto: Twitter Reahan Mohd Nor
Dalam dunia sukan, kata Jasni, Allahyarham tetap dikenang apabila setiap kali sejarah kejayaan pasukan bola sepak negara layak ke Sukan Olimpik Moscow 1980 diulang siar.
"Suara ulasannya dalam perlawanan penentuan menentang Korea Selatan di Stadium Merdeka akan tetap menjadi ingatan dan kenangan bersejarah dengan ulasan serta ungkapan yang akan menjadi antara nostalgia dan sejarah bola sepak negara.
"Antaranya ialah '... dapat kepada Hassan, masih lagi Hassan, cocok Hassan, kepada James, peluang untuk James! James! Gol!.... adalah antara ulasannya yang akan diingat dan sehebat jaringan James Wong ketika Malaysia menang dan layak ke Sukan Olimpik Moscow itu," Shafie bercerita.
Jasni Shafie.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau. Al-Fatihah! - KitaReporters