Istiadat `Lalu di Bawah Pedang`. - Kredit foto: Haris Abu Talib


PENERIMA Pingat Hang Tuah Tahun 2006, Muhammad Firdaus Haris, 28, yang kini bergelar pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berpangkat Leftenan, telah menamatkan zaman bujang bersama pasangannya, Maryam Sakinah Mohd Amin, 25, seorang penganalisis data di Petronas.

Majlis menyambut menantu di sebelah pihak pengantin lelaki berlangsung penuh meriah di Rumah Tamu D’ Gua, Batu Caves, pada 26 Disember 2021 lalu.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan perkahwinan


Muhammad Firdaus menerima Pingat Hang Tuah tahun 2006. - Kredit foto: Sumber internet.


Upacara memotong kek. - Kredit foto: Rashidah Ibrahim


Upacara majlis bermula dengan pasangan pengantin yang menyempurnakan istiadat lalu di bawah pedang, sebelum diarak ke pelamin.

Persandingannya dimeriahkan persembahan kumpulan silat yang pesertanya masing-masing segak berpakaian rasmi pahlawan daripada songket hitam corak bunga tabur, tenunan benang perak, lengkap bertanjak dan berkeris. 

Acara silat sebagai gimik sempena mengingati semangat kepahlawanan seiring kedudukan pengantin lelaki sebagai penerima Pingat Hang Tuah 2006.

Menariknya pemberian pingat pada tahun berkenaan diadakan selepas siri penganugerahan itu terhenti selama 23 tahun. 


Persembahan silat untuk Raja Sehari. - Kredit video: YouTube Rashidah Ibrahim.


Kumpulan silat yang membuat persembahan di majlis persandingan Leftenan Muhammad Firdaus, bersama ibu bapa pengantin lelaki. - Kredit foto: Rashidah Ibrahim


Selesai persembahan diikuti acara salam restu dengan ibu bapa kedua pengantin dan majlis makan beradab.

Seterusnya diikuti acara memotong kek dengan diiringi aksi simbolik mengangkat pedang oleh kumpulan rakan satria ATM.

Majlis itu juga dimeriahkan oleh persembahan muzik dan nyanyian daripada kumpulan Band Melody Buskers dan diacarakan oleh penyampai slot Assalamualaikum TV Hijrah, Azidah Mohamed.

Apa yang menariknya pada pengantin lelaki ini, semasa zaman kanak-kanaknya adalah satria cilik yang berjaya menyelamatkan seorang anak kecil daripada lemas dalam kolam renang dalam keadaan dia sendiri tidak tahu berenang pada ketika itu.

Mengimbau peristiwa pada 2005 itu, sewaktu berada di kawasan kolam sebuah bangunan penginapan, Muhammad Firdaus yang ketika itu berusia 12 tahun ternampak seorang kanak-kanak berusia 4 tahun terjatuh ke dalam kolam.

Demi menyelamatkan nyawa kanak-kanak berkenaan, Muhammad Firdaus yang tidak tahu berenang terus bertindak  terjun ke dalam kolam sedalam 2.7 meter itu dan berjaya menyelamatkan mangsa berkenaan.

Atas keberanian itulah anak kepada pasangan Haris Abu Talib, 56, dan Asnita Abas, 55 ini dipilih sebagai penerima Pingat Hang Tuah pada 2006 yang disampaikan sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia ke-52.


Foto bersama ibu bapa kedua pengantin. - Kredit foto: Rashidah Ibrahim


Apabila dewasa, anak muda berkelulusan Sarjana Muda dengan kepujian dalam bidang Sains Sukan memilih bidang yang ada kaitan dengan semangat kerberaniannya dengan menyertai ATM dan kini bergelar seorang pegawai berpangkat Leftenan. 

Walaupun telah bekerja sebelum dipanggil mengikuti latihan tentera, Leftenan Muhammad Firdaus sanggup meletakkan jawatan terdahulu bagi menyertai ATM dan pilihan kerjayanya ini menunjukkan kesinambungan daripada semangat keberaniannya pada masa kecil. 

Kredit di atas kejayaan dicapai oleh beliau seharusnya diberikan kepada ibu dan bapanya yang sentiasa memberi sokongan kepada kegiatan dan kehendak murni anaknya.



Menurut Haris, dia menyokong penuh keputusan anaknya berhenti kerja untuk menyertai tentera.

"Sebagai bapa saya sentiasa mengikuti perkembangan latihan Muhammad Firdaus dari awal sehinggalah tamat latihan bagi memastikan tiada sebarang gangguan dalam ujian serta lulus latihan dengan cemerlang sekali gus berjaya gapai impian menjadi tentera. 

"Anak saya dinobatkan calon peserta terbaik Platun di Akademi Tentera Darat Kem Segenting Port Dickson. Ibu bapa mana tidak bersyukur dan gembira melihat kejayaan anak mencapai cita-citanya ke arah menjadi insan yang berguna kepada keluarga, negara serta bangsa. 

"Harapan seterusnya sebagai bapa adalah untuk melihat Muhammad Firdaus dinaikkan ke pangkat Kapten apabila beliau lulus ujian fasa 1 untuk naik ke pangkat," ujarnya. - KitaReporters


Angkat Pedang [ada acara potong kek perkahwinan. - Kredit video: Rashidah Ibrahim

12
22
0
8
0

Copy Link: