Video| Solat jangan dilupakan! Solatlah jika pun di atas kaki lima! Penjual minuman terima pujian!
Published bySelain minuman sejuk, turut diniaga secara keliling ialah minuman panas terutama kopi dan teh. Basikal biasanya diguna dengan membawa tong air panas dan sejumlah jenama kopi dan teh kampit.
Penjual sama ada berhenti berjualan di satu-satu destinasi atau terus berkayuh sehingga dipanggil pelanggan.
Bagi umat Islam yang patuh, solat adalah perkara wajib yang perlu dilakukan tidak kira di mana dan situasinya. Namun masih ramai umat Islam yang meninggalkan kewajipan itu.
Ia termasuk ketika berniaga. Ramai umat Islam yang tidak bersolat ketika berniaga dengan alasan ia boleh menjejaskan pendapatan dan takut barang dagangan hilang ketika bersolat.
Solat bukan hanya boleh dilakukan di masjid atau surau. Jika sedang berniaga, si peniaga boleh bersolat di tempat dia berniaga tanpa perlu ke masjid atau surau.
Seorang netizen berjaya merakamkan seorang penjual minuman keliling di salah sebuah jalan protokol (jalan utama) di Jakarta baru-baru ini.
Si penjual minuman ini dilihat melakukan solat atas kaki lima (trotoar) jalan.
Video bersolat atas kali lima jalan ini dimuat naik dalam Instagram @infoduniaa_, pada Khamis, 3 September 2024 dan kini tular.
"Sebesar apa pun penghasilanmu tidak akan bisa menggantikan rakaat solat yang kau tinggalkan," tulis keterangan video tular itu.