Demi wang sebanyak 1 juta! Wanita tua sanggup mandi lumpur! Bersiaran secara langsung dalam TokTok!
Published byLAYAR Sari dari Desa Setanggor, Lombok Tengah, NTB bersiaran langsung dalam TikTok sedang bermandi lumpur, baru-baru ini. - Kredit foto: DetikBali.com
DALAM dunia semakin cangih, pelbagai cara sanggup dilakukan semata-mata untuk mendapatkan wang sehingga tiga wanita di Lombok Tengah, Nusa Tenggara Barat (NTB), Indonesia tanpa merasa malu rela bermandi lumpur akibat untuk mendapatkan wang dengan cara mudah.
Viral dalam media sosial baru-baru ini, salah seorang daripada wanita terbabit bernama Layar Sari, 55, tinggal di Desa Setanggor sanggup bermandi lumpur yang disiarkan secara langsung melalui video dalam TikTok.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan aktiviti mandi
MESKIPUN kesejukan, Layar Sari sanggup mandi air lumpur demi mendapatkan wang RM283 daripada pemilik TikTok. - kredit foto : Detik.com
Layar Sari berkata, dia berbuat demikian kerana mendapat bayaran sebagai upah sebanyak Rp1 juta (RM283) daripada pemilik akaun @intan_komalasari92 atau nama sebenarnya Sultan Akhyar.
Wanita itu mendakwa, setiap kali bersiaran langsung bermandi lumpur itu dalam masa sejam ataupun dua jam, dia akan mendapat bayaran sekitar Rp1 juta dan sehingga kini dia sudah terbabit sebagai `pelakon’ dalam video TikTok itu sebanyak sembilan kali dengan pendapatan kira-kira Rp9 juta (RM2,567).
Layar Sari hanya duduk berhampiran sebuah kolah yang airnya berkeruh kemudian dia akan mandi dengan menyiram air lumpur itu ke seluruh tubuhnya, lapor detik.com, baru-baru ini.
Ramai beranggapan perbuatan dalam kandungan itu seperti mengemis secara dalam talian.
Wanita itu mengaku, apa yang dilakukan itu bukanlah dipaksa oleh sesiapa pun tetapi atas kemahuan hatinya sendiri bagi mendapatkan wang dengan cara mudah.
``Kalaulah saya turun ke bendang padi belum tentu lagi mendapat pendapatan sebanyak itu kecuali purata Rp35 ribu (RM9.90) sehari tetapi saya mandi lumpur hanya mengambil masa paling lama dua jam sahaja dan mendapat upah Rp 1 juta.
``Dengan wang yang diperolehi itu dapatlah saya berbelanja untuk kebutuhan hidup dan anak-anak serta cucu-cucu saya,’’ katanya.
SULTAN AKHYAR
Sementara itu, pemilik akaun TikTok Intan Komalasari, 30, memberitahu dia tidak pernah memaksa wanita terbabit bermandi lumpur untuk bersiaran langsung dalam TikTok yang dikendalikan oleh suaminya, Sultan Akhyar yang kini memiliki ramai followers.
``Wang itu dibahagi dua dan jika mendapat Rp2 juta, separuhnya akan dibayar kepada ibu yang mandi lumpur itu,’’ kata Intan.
Dalam pada itu, Sultan Akhyar berkata dengan mencipta video dalam TikTok secara langsung itu, dia mampu membeli barangan seperti set komputer, telefon bimbit dan sebuah motosikal berharga Rp35 juta (RM9,986).
Kredit foto : Istimewa
Bagaimanapun, video yang viral itu telah mendapat perhatian dari pemerintah sehingga polis terpaksa menjalankan siasatan bagi memastikan perbuatan wanita-wanita terbabit bermandi lumpur itu adalah satu penganiayaan yang dilakukan oleh seseorang.
Walapun aksi yang dilakukan oleh Layar Sari itu adalah kerelaan dirinya sendiri tanpa paksaan daripada Sultan Akhyar tetapi pihak pemerintah di wilayah itu tetap bersimpati dengan nasib wanita yang mempunyai tiga orang anak itu.
SEORANG lagi wanita yang turut terbabit bersiaran langsung dalam TikTok bermandi lumpur demi untuk mendapat wang sehingga Rp1 juta (RM283). - Kredit foto: PikiranRakyat.com
Pegawai Kebajikan Masyarakat dan Sosial Kabupaten Lombok Tengah, Jumardiansyah berkata, pihaknya melalui Kementerian Sosial Indonesia telah mengagihkan bantuan projek ternakan ayam telur kepada Layar Sari itu.
Menurutnya, bantuan yang disalurkan itu dapat memenuhi kebutuhan hidup keluarganya.
``Biar ada usaha yang dilakukan oleh ahli keluarga wanita itu untuk mendapatkan wang agar dia (Layar Sari) tidak terlibat lagi bermandi lumpur yang boleh menjejaskan kesihatan dirinya.
"Selain ternakan ayam telur, pemerintah juga memberi bantuan peralatan rumah, tempat tidur dan karpet,’’ kata Jumardiansyah seperti dilaporkan oleh Antaranews.com pada 23 Januari 2023 lalu. - KitaReporters
PETUGAS Kebajikan Masyarakat dan Sosial Kabupaten Lombok Tengah menyerahkan bantuan peralatan ternakan ayam telur kepada Layar Sari agar tidak mencari wang dengan cara bermandi lumpur lagi. - Kredit foto : Antaranews.com