Video| Antara kasihnya ibu dan tali pinggang! Kecewa perbuatan anak! Tetap sambut di pintu penjara!
Published byKASIH SAYANG anak dan ibu tidak perlu dipertikaikan lagi. Sejahat mana pun, anak mesti mencari ibunya dan meletakkan kedudukan si ibu tempat yang paling tinggi dalam hidupnya.
Kisah sama berlaku di bandar Sullana, Peru apabila seorang lelaki yang baharu sahaja dibebaskan daripada penjara terus mencari ibunya menerpa ke arah ibu di luar pintu penjara.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan kasih ibu
Memetik portal hotfastnews.com, pada 10 Disember 2022 lalu kelihatan si anak yang berusia 30-an kelihatan tersenyum dan meluru untuk memeluk ibunya yang menunggu di luar penjara selepas pembebasan.
Difahamkan lelaki berkenaan ditahan dan dijatuhi hukuman penjara akibat kesalahan mabuk dan berkelakuan buruk di tempat awam.
Namun mengejutkan apabila ibunya setia menunggu pembebasan berkenaan bukannya menyambut pembebasan anak lelaki daripada pusat tahanan berkenaan tetapi bertindak memukul anaknya dengan tali pinggang.
Mungkin tindakan berkenaan dilakukan sebagai tanda kecewa dengan sikap si anak yang dianggap menconteng arang ke mukanya.
Malah kelihatan ketika si anak cuba memeluknya tetapi si ibu terus meluahkan rasa marah dan malu akibat tindakan anaknya yang masuk penjara.
Aksi dua beranak itu menjadi kisah lucu sehingga menjadi tular apabila dikongsikan dalam media sosial ahli keluarga lelaki berkenaan.
Wanita itu juga kelihatan memukul beberapa kali pada bahagian kaki dan lengan lelaki tersebut di hadapan anggota polis sambil diperhatikan oleh ahli keluarga yang lain yang hadir untuk menjemput kepulangannya.
Biarpun begitu si anak kelihatan tidak mengambil hati dengan tindakan ibu malah kelihatan tersenyum sebelum berlalu.
Bagaimanapun ada juga suara sumbang dalam kalangan ahli keluarga mereka yang hadir sama pada hari pembebasan berkenaan meminta si ibu memukul anak dengan lebih kuat.
Perkongsian berkenaan menjadi tular selepas dikongsi oleh akaun pengguna TikTok dikenali sebagai @valesaldiarraga18.
Malah, video itu ditonton lebih 3.8 juta kali sejak dimuat naik.
Inilah sikap sebenar ibu walaupun rasa marah dan kecewa namun kasih seorang ibu terhadapnya anaknya tidak berubah dan tetap menerima anaknya..
Perkara terbukti apabila si ibu sanggup menunggu hari pembebasan dan datang menjemputnya walaupun pada masa sama ‘hadir’ perasan geram dan kecewa dengan perbuatan si anak.
Inilah buktinya tulusnya hati si ibu untuk menerima kembali anak walaupun di hati kecil terkesan dengan perbuatan anaknya.
Semoga si anak berubah sikap dan menjadi manusia lebih berguna untuk membuktikan dirinya anak yang baik. - KitaReporters