Video| Tolong kami! Bantu Jamaludin Ngah Wahab! Terlantar sebab strok! 2 kali diserang angin ahmar!
Published by
KitaReporters
--title--
Seorang isteri merayu kepada orang ramai dan rakyat Malaysia keseluruhanya bagi membantu rawatan perubatan suaminya yang kini telah mengalami serangan strok sebanyak dua kali sejak sebulan yang lalu.
Mohamed Jamaludin Ngah Wahab, 78, dari Kampung Dato Sagor kira kira 10 kilometer dari Sungai Siput Utara bukan sahaja menghadapi dua kali serangan angin ahmar tetapi juga mengalami masalah saraf mengakibatkan matanya buta.
"Suami hanya bekerja sebagai penoreh getah dan telah dua kali mengalami serangan strok dan kini terlantar di pembaringan untuk meneruskan kehidupan," kata isterinya, Rokiah Abdul Aziz, 69, ketika ditemui di rumah anaknya di Kampong Dato Sagor di Sungai Siput Utara baru-baru ini.
Katanya, beliau amat bimbang dengan tahap kesihatan suaminya yang hanya mampu terbaring.
"Kami tidak mampu lagi untuk menampung kos perubatan kerana kami tidak mempunyai sumber pendapatan yang tetap.
"Kami memerlukan sebanyak RM1,000 sebulan untuk membiayai kos perubatan selain berulang alik ke hospital berhampiran untuk mengambil ubat," katanya dengan linangan air mata.
Mohamed Jamaludin Ngah Wahab terlantar di rumah anaknya di Kampung Dato Sagor, Sungai Siput Utara, Perak setelah mengalami dua kali serangan strok.
Sementara itu, menantunya yang dikenali sebagai Puan Ida, yang juga seorang bekas staf Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berkata, bapa mentuanya itu memerlukan kira kira RM1,000 sebulan untuk membiayai kos perubatan.
Wang itu digunakan untuk membeli susu, pampers, krim kulit dan alat sedut kahak.
"Bapa mertua saya ini seorang yang berpendapatan sederhana dan kami adik beradik tidak mampu untuk terus membiayai kos perubatannya.
"Kami juga tidak mendapat sebarang bantuan daripada kerajaan termasuk daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk merawat bapa mentua saya ini," katanya lagi.
Jamaludin kini ditempatkan di alamat Lot 9470, Kampung Dato Sagor, 31120, Sungai Siput Utara, Perak.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kesihatan Mohamed Jamaludin Ngah Wahab, bolehlah hubungi anaknya, Saiful melalui telefon 019-4901504 atau Puan Ida 0192838164.
Sumbangan boleh disalurkan kepada akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) Rokiah Abd Aziz bernombor 0890141100049085. - KitaReporters
25
23
2
30
0