Video| Pengantin di Madura hampir lemas! Diberikan kalungan demi kalungan wang tunai oleh tetamu!
Published byMenghadiri majlis perkahwinan, tetamu akan memberikan hadiah berbentuk barangan atau wang tunai. Biasanya pemberian wang dilakukan dalam sampul untuk mengelak diketahui jumlahnya.
Namun bagi masyarakat di daerah Bangkalan, Madura, Jawa Timur. mereka mempunyai cara tersendiri dalam memberi hadiah kepada pengantin.
Majlis perkahwinan Ruhilah dan M. Sulhan di Desa Buluk Agung, Kecamatan Klampis, Bangkalan baru-baru ini, menjadi contoh cara pemberian hadiah wang tunia itu dan tular dalam laman sosial.
Tetamu mengalungkan rantai wang pada tubuh pengantin lelaki atau perempuan. Setiap tetamu memberi kalungan wang yang setiap satu berupa wang kertas bernilai Rp50 ribu (RM15) atau Rp100 ribu (RM30).
Jadi setiap kalungan wang itu bernilai sekurang-kurangnya ratusan ringgit dan boleh mencapai ribuan ringgit.
Kerana banyaknya kalungan wang tersebut, pasangan pengantin hampir lemas dan sesak nafas.
Pada kalungan wang itu diletak nama pemberi dan selepas majlis, pengantin perlu mengira jumlah wang yang diterima dan mencatatnya.