Video| Cinta tak kenal usia? Remaja nikahi ibu temannya! Dikenali sejak kecil! Beza usia 20 tahun!

Published by
KitaReporters


Kata-kata ‘cinta tak kenal usia’ ada kebenarannya. Semakin banyak berlaku perkahwinan yang jauh berbeza seperti antara anak dan orang tua. Kebiasaannya perkahwinan itu melibatkan si lelaki yang mengahwini si wanita yang diibarat anak.

Namun semakin tuanya dunia, kini semakin ramai golongan wanita mencari ‘pucuk muda’ untuk dijadikan suami walaupun usianya sebaya atau lebih muda daripada anak lelakinya.


Pasangan pengantin beza usia ini malu-malu ketika majlis akad berlangsung

Satu perkahwinan beza usia 20 tahun berlaku antara seorang wanita bernama Husnawati berusia awal 40-an dengan lelaki berusia 20 tahun. Dan lebih sensasi, anak muda itu adalah rakan anak si wanita sejak kecil. 

Perkahwinan ini berlaku di wilayah Kopang, Lombok Tengah, Nusa Tenggara Barat (NTB).

Perkahwinan beza usia 20 tahun ini tular setelah dimuat naik oleh akaun Tiktok @zeenlamcova pada Rabu 21 Februari 2024.  

Dalam video itu kelihatan majlis ijab kabul yang dibuat sangat sederhana tanpa hiasan berlebihan untuk pengantin. Pengantin wanita memakai baju putih, sementara  pengantin lelaki memakai kot biasa warna hitam.




Pengantin lelaki yang tidak dinyatakan namanya menyampaikan lafaz dalam bahasa Sasak iaitu salah satu bahasa suku di Lombok.

“Aku terima nikah Husnawati dengan mas kawin telu jute rupiah (tiga juta rupiah),” ucapnya.

Sebaik lafaz akad selesai, para tetamu dengan lantang mengucap kata ‘sah’.

Majlis dihadiri kerabat, teman, dan jiran tetangga pengantin wanita. Ia dijalankan di bawah khemah halaman rumah. Kedua-duanya terlihat malu-malu ketika duduk bersampingan di hadapan Tok Kadi.

Video ini pun mendapat banyak komentar daripada para netizen. Kebanyakannya sangsi sejauh mana perkahwinan mampu bahagia dan bertahan. 

Ada juga yang tidak dapat membayangkan bagaimana hubungan dengan teman baiknya selepas ini. Kini terpaksa membahasakan diri sebagai bapa dan anak. - KitaReporters


13
13
0
17
0

Copy Link: