Pertabalan Charles: Meghan, Sarah tak diundang! Camilla buat pembedahan plastik untuk nampak muda!
Published byMenantu Meghan (kiri) dan ipar Sarah yang tiada dalam senarai jemputan pada pertabalan diraja.
MENANTU kedua yang juga isteri Putera Harry, pelakon Meghan Markle dan ipar Sarah Ferguson yang juga The Duchess of York dilaporkan tiada dalam senarai tetamu istimewa untuk upacara pertabalan Raja Charles pada 6 Mei 2023.
Ini sekali gus membuatkan mereka tiada dalam rekod sejarah diraja kerana tidak berpeluang berdiri bersama dan bergambar dengan kerabat diraja di beranda Istana Buckingham yang sejak sejarah kerajaan monarki itu dimulakan untuk dipertonton kepada warga dunia.
Sebelum ini dalam laporan berita Music (M) Mundial, Meghan yang juga Duchess of Sussex dikatakan tidak begitu disukai keluarga diraja itu terutama mentua tiri, Camilla Parker Bowles kerana mereka berdua ini ibarat 'dua pelandok yang sama' - kedua-duanya janda dan Meghan dilaporkan berkelakuan kurang manis dan tidak menghormati kerabat diraja itu.
Raja Charles dijangka ditabalkan pada pada 6 Mei ini disaksikan oleh lebih 2,000 tetamu di Westminster Abbey. Maka dengan restui suaminya, Camilla telah menjalani pembedahan membuang garis kedut di wajahnya supaya kelihatan muda dan cantik ketika berada di sisinya.
Ini bermakna kemungkinan besar Harry akan hadir bersendirian dan Meghan menjaga dua anaknya, Archie dan Lilibet di kediaman mereka di California.
Manakala Sarah pula yang pernah berkahwin dengan adik Charles, Putera Andrew dan bercerai pada 1996 sebelum ini terpalit dengan pelbagai tohmahan.
Andrew yang juga bekas suaminya turut dilaporkan terbabit dalam jenayah sex budak perempuan bawah umur. Andrew turut menyebabkan Ratu Elizabeth II murka dan melucutkan jawatannya.
Manakala BBC News dalam laporannya, Putera Harry telah mengesahkan akan 'terbang' dari Amerika Syarikat untuk menghadiri majlis itu tanpa ditemani isteri dan anak-anaknya.
Pasangan itu juga dijangka berdepan dengan beberapa isu konflik apabila Raja Charles dikatakan cuba memujuk anaknya kembali dalam senarai 'kerabat diraja bekerja'. Malah tawaran daripada nendanya sebelum ini pun ditolak oleh Harry.
Dalam buku terbaru Harry memberitahu, punca dia meninggalkan keluarga diraja itu kerana layanan dingin dan beberapa masalah termasuk kestabilan mental Meghan yang hidup macam burung dalam sangkar di England.
Perselisihan faham dengan William dan Kate serta serta yang paling menyakitkan hati Meghan ialah orang mengkaitkannya dengan ibunya seorang berkulit hitam.
Ini menyebabkan ada kerabat itu mempersoal warna kulit anaknya Archie dan Lilibet sama ada hitam atau sebaliknya.
Manakala Sarah, 63, pula, kawan baik bekas mendiang Lady Diana, dikatakan bersikap mendiamkan diri walaupun dia mempunyai hubungan baik dengan bekas keluarga diraja itu.
Malah Sarah turut mendiami rumah di Royal Lodge in Windsor bersama Andrew selama 27 tahun walaupun ada khabar angin pasangan itu diarahkan keluar dari kediaman itu.
Putera Andrew, pada tahun lalu (2022) dilucutkan taraf 'kerabat diraja bekerja' selepas dituduh terbabit dalam penderaan seksual.
Kali ini tidak diketahui sama ada dia turut diberi tugasan dalam pertabalan abangnya. Tahun lalu (2022) juga, Andrew tidak diundang untuk muncul di beranda yang hanya dikhaskan kepada staf diraja bekerja.
Sarah yang menggunakan nama asalnya, Sarah Ferguson muncul sebagai penulis novel paling popular menerusi novel - A Most Intriguing Lady, terbitan rumah pencetakan paling terkenal di dunia Mills and Boon and Harper Collins.
Dalam pada itu, lebih 70 peratus orang muda negara itu tidak mahu ambil tahu mengenai upacara pertabalan Raja Charles III pada 6 Mei itu. - KitaReporters