Murid SKSU berhenti berehat seketika selepas penat memunggut sampah sarap.


Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) dengan kerjasama beberapa komuniti setempat termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Udang (SKSU) mengadakan program Gotong-Royong Cintai Sungai Klang, yang membabitkan penyertaan guru, murid, komuniti setempat serta agensi di bawah MBDK, Klang, pada 4 Januari 2025.

Program berkenaan bertujuan untuk membersihkan kawasan sekitar sekolah, jalan raya dan sistem pengairan bagi mengelakkan sampah daripada mencemari Sungai Klang. 


M Khalimi Dalhan (dua dari kanan) bersama guru SKSU yang bersiap sedia menyertai gotong-royong itu.


SKSU menjadi salah satu pusat pengumpulan aktiviti gotong-royong dengan guru serta murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi memastikan tiada bahan buangan seperti plastik, botol dan sampah yang boleh mencemarkan alam sekitar. 

Guru Besar SKSU, M. Khalimi Dalhan, menegaskan kepada murid bahawa pembuangan sampah secara sebarangan boleh menyebabkan pencemaran sungai, yang akhirnya membawa kesan buruk kepada ekosistem akuatik.

Menurutnya, jika kita biarkan sampah itu, ia akan dihanyutkan ke sungai, mencemarkan air dan menjadi perangkap maut kepada hidupan air. Malah, ia boleh sampai ke laut dan menjejaskan kehidupan marin secara keseluruhan.


M Khalimi merakam kenangan bersama Abd Hamid Hussian yang turut menyertai gotong-royong itu.


“Program ini juga secara tidak langsung menyemaikan budaya sihat khusus kepada murid sekolah pada peringkat awal untuk menitikberatkan amalan menjaga kebersihan sungai daripada sampah sarap dan bahan terbuang,” katanya.

“Program itu turut disertai Ketua Kampung Sungai Udang, Zaki Jamil; Ketua Kampung Telok Gadong, Sujan Sebi; serta kehadiran Datuk Bandar MBDK, Dato' Abd. Hamid Hussain yang menyatakan komitmen penduduk kampung serta pihak berkuasa tempatan dalam menjaga kebersihan sungai dan alam sekitar,” ujarnya lagi. - KitaReporters


MBDK merakam kenangan bersama-sama pemimpin masyarakat dan guru SKSU pada program gotong-royong berkenaan.

13
12
0
16
0

Copy Link: