Orang ramai telah berbaris panjang untuk mendapatkan bekalan daging segar seawal pukul 7 pagi di perkarangan Pusat Khidmat Parlimen Bukit Gantang dekat Taiping.

Daging sebanyak lapan ekor lembu, dua tan ayam dan 500 kilogram (kg) kerang habis dijual dalam tempoh sejam pada Jualan Termurah Madani (JTM) Parlimen Bukit Gantang pada 29 Mac 2025. 

JMT yang diadakan di pekarangan Pusat Khidmat Parlimen Bukit Gantang dekat Taiping sepatutnya dibuka pada pukul 7 pagi, namun kakitangan petugas di pusat itu terpaksa membuka pintu pagar kerana desakan pengunjung yang mahu membeli barangan yang ditawarkan itu.


Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (depan, tiga dari kiri) memotong daging lembu di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, pihaknya menyembelih 8 ekor lembu pada malam 28 Mac 2025.

“Daging lembu segar itu dijual dengan harga RM28 sekilogram manakala kepak ayam dijual 50 sen sahaja.

"Kita turut menjual beras putih tempatan (BPT) sebanyak 1,000 kampit (10 tan) bagi keperluan pengguna, manakala tiga tan barang kering ditawarkan potongan 30 peratus,” katanya ketika ditemui pada jualan tersebut pada 29 Mac 2025.


Syed Abu Hussin Hafiz (dua dari kiri) memotong daging lembu untuk dijual dengan harga RM28 sekilogram.


Syed Abu Hussin berkata, Jualan Termurah Madani (JTM) itu dibuat bagi membantu rakyat di kampung supaya mendapatkan barangan keperluan dengan harga murah menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Katanya, jualan murah itu dilaksanakan sejak tiga tahun lalu bagi mengelak kartel mengambil untung. Menurutnya, jualan murah merebak di merata tempat dan trend ini jelas membantu rakyat. - KitaReporters


Sebahagian penduduk yang berpusu-pusu beratur panjang untuk Jualan Termurah Madani di pekarangan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang dekat Taiping pada 29 Mac 2025.

14
8
0
13
0

Copy Link: