PADA 25 Jun 2020 lalu, muncul di sejumlah media cetak dan media elektronik yang memaparkan kisah penderitaan sekeluarga lima beranak tinggal di sebuah kandang lembu di Kampung Kuala Besar, Badang di Kota Bharu, Kelantan sejak lapan tahun lalu. Berita sekeluarga yang mengalami kesempitan itu yang menjadikan kandang lembu sebagai tempat berteduh dan menginap ini menarik perhatian Ustaz Ebit Lew. : KitaReporters

Ustaz Ebit bersembang dengan Nasarudin dan keluarga dalam pondok di kandang kuda. - Kredit foto: FB @ebitlew


Dia lantas bergerak ke Kota Bharu bersama sekumpulan sukarelawan baru-baru ini bagi menyampaikan bantuan kepada keluarga tersebut sebagai salah satu kegiatan amalnya.

Namun barangan yang disampaikan bukan sahaja dalam bentuk barangan keperluan harian dan sejumlah kewangan.

Ustaz Ebit meninjau keadaan pondok yang tidak layak huni itu.


Sebaliknya Ustaz Ebit berusaha menyewakan sebuah rumah teres dua tingkat di Tumpat, Kelantan untuk didiami keluarga ini dengan lebih selesa.

Rumah sewa itu sudah dibayar deposit dan Ustaz Ebit akan juga membayar sewa bulanan

Ustaz Ebit turut menyediakan kelengkapan rumah seperti perabot, peti ais, mesin basuh, periuk nasi, kipas dan lain-lain. 

Turut diberi sejumlah duit belanja.

Menurut Ustaz Ebit dalam postingan dalam Facebooknya, hatinya tersentuh melihat kediaman di kandang lembu itu yang menyedihkan. 

Katanya kandang lembu itu mempunyai ruang yang terlalu sempit sehingga mereka terpaksa menundukkan kepala setiap kali masuk ke dalam pondok itu.

Lantai kayu yang suatu ketika dahulu tempat dijadikan pembuangan najis lembu dijadikan alas tidur mereka sekeluarga.

Ustaz Ebit membelikan sejumlah barangan keperluan rumah untuk rumah sewa Nasarudin sekeluarga



Nasarudin Mat Ali, 39, bersama isteri Nur Syazana Ali, 30, dan tiga anak mereka iaitu Mohamad Hakimi Nasarudin, 12; Nor Najwa Balkis, 8; dan Naufal Basri, 4, tinggal bersama kedua-dua ibu bapa Nasarudin sebelum rumah yang didiami terbakar pada 2012.

Nasarudin melakukan pelbagai pekerjaan untuk menghidup sekeluarga. 

Bagi mendapatkan bekalan elektrik terpaksa dibuat sambungan dari rumah ibunya yang jauh kira-kira 40 meter daripada pondok di kendang lembu itu.

Bagi tujuan mandi dan membuang hajat mereka terpaksa menumpang di rumah ibu.

Ustaz Ebit bersembang dengan Nasarudin sekeluarga dalam rumah teres dua tingkat yang disewakannya.


Berikut adalah tulisan penuh dalam Facebooknya @ebit lew.    

“Terkejut tengok 8 tahun tinggal di kandang lembu. Dibersihkan dijadikan tempat tinggal. Tak sangka ada orang tinggal tempat macam kandang atau reban. Ya Allah. 

"Rumah dekat dengan Pantai cahaya bulan Kota Bharu. Rumah dulu terbakar. 

"Panas rumah ini. Sempit tapi bersih kemas. Masuk kena tunduk. Rendah sangat. 

"Pasangan suami isteri bersama anak masih kecil. Abang ni buat beberapa jenis kerja.

Ustaz Ebit berfoto dengan Nasarudin sekeluarga di hadapan rumah teres 2 tingkat di Tumpat, Kelantan    


"Tadi dah petang. Anak lelaki sulung 12 tahun tolong-tolong jaga kedai orang. Dapat upah rm10 sehari katanya. 

"Sampai petang ini happy keluarga ini. Di sebalik wajah mereka betapa kasihan anak ini. 

"Rumah ini buat hati ni sayu. Duhai hati betapa berbeza hidup mereka dengan kita. Doakan saya ingin bawa keluarga ini pindah dan mulakan hidup baru demi anak-anak insyaAllah.

"Masa terbaca orang tinggal di kandang lembu dekat akhbar di Kota Bharu. Saya terbaca rasa sebak. Terus niat nak ke sana. 

"Syukur. Alhamdulillah hari ini kami dapat pindahkan keluarga ini ke rumah 2 tingkat cantik sangat di Tumpat. Saya dah bayar deposit. Dan akan bayar bulan-bulan InsyaAllah. 

"Saya belikan untuk mereka dan anak-anak. Peti ais,mesin basuh, rice cooker, kipas dll. Beri sedikit duit belanja. Semoga menjadi asbab kebaikan. - Ebit Lew" - KitaReporters

0
1
0
0
0

Copy Link: