Jenazah Umi Salama dibawa keluar ke tanah perkuburan. - Kredit foto: IG @ndorobeii


Jika Tuhan tidak mengizinkan, pernikahan yang sudah di depan mata pun tidak kesampaian. Hanya kira-kira 3 jam sebelum akad dijalankan, mempelai perempuan, Umi Salama Saiful, 23. meninggal dunia pada jam 4 petang.

Majlis akad nikah dijadual jam 7 malam, Khamis, 25 Mac 2021, di rumah ibu bapa Umi, Saiful dan Supiati di Dusun Selorentek, Desa Karanganyar, Kecamatan Kraton, Kabupaten Pusuruan, Jawa Timur.

Menurut seorang anggota keluarga, Umi mula tenat sejak jam 12 tengah hari sehingga meninggal di rumahnya ketika ibu bapa dan ahli keluarga sedang sibuk menguruskan penikahan pada sebelah malamnya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pernikahan:

https://kitareporters.com/search?search=pernikahan


Kandungan kad jemputan perkawinan Umi Salama dan Fadil.


Difahamkan Umi mengidapi sakit paru-paru dan pernah dirawat di hospital selama empat hari tetapi minta untuk keluar bagi menjalani majlis akad nikah.

Pengantin lelaki, Muhammad Fadil dan rombongan yang tiba dari daerah Jember, Jawa Timur yang jarak perjalanan kira-kira 134 kilometer pada kira-kira jam 7 malam terkejut mendapati Umi sudah meninggal dunia.

Ini kerana keluarga Umi tidak menghubungi Fadil sebaik gadis itu meninggal mungkin kerana terkejut dan sibuk menguruskan pemandian dan kafan yang dilaku dengan pantas bagi mengejar waktu pengkebumian dalam tempoh lebih kurang tiga jam.

Keluarga pengantin perempuan sepakat menjalankan pengebumian pada jam 7 malam iaitu sempena majlis akad yang dirancang seperti yang tercatat dalam kad undangan.


Muhammad Fadil (kiri, terlindung) bersedih dengan kematian calon isterinya tiga jam sebelum diakad.


Fadil begitu sedih menatap wajah tunangnya sebelum ditutup sepenuhnya mukanya dan dimasuk ke dalam keranda. 

Dalam video Instagram @ndorobell kelihatan Fadil tidak henti menitiskan air mata melihat bakal isterinya diangkat oleh keluarganya dengan keranda menuju tanah perkuburan.

Video akaun @ndorobeii tular dan rata-rata netizan memberi komen simpati atas peristiwa itu .Malam itu sepatutnya diadakan majlis meraikan majlis akad nikah, bertukar menjadi majlis tahlil.

Kira-kira seminggu lalu disiarkan berita juga mengenai seorang wanita, Annisa Putri gagal mengahwini seorang bakal doktor, Dzulfikar Attras Maulana yang meninggal mengejut 16  jam sebelum majlis pernikahan. - KitaReporters




2
2
8
0
2

Copy Link: