Janji ditunai! Jutawan segera batu permata bina sekolah hampir RM1j! Di kampung, bantu penduduk!

Published by
KitaReporters


SELEPAS lebih setahun berlalu, kisah seorang pelombong kecil di Tanzania yang menjumpai batu permata digelar sebagai tanzanite seberat 14.37 kilogram (kg) bernilai RM13.8 juta kembali tular apabila jutawan segera itu menunaikan janji bagi membangunkan sebuah sekolah di kampungnya.

Saniniu Kurian Laizer, 53, membina sebuah sekolah rendah di perkampungan Naepo, Simanjiro dengan membelanjakan kira-kira RM839,000 dan institusi pendidikan diberikan sempena namanya itu mampu menampung seramai 150 murid dengan turut mempunyai kemudahan enam bilik darjah, bilik guru, bilik pentadbiran serta pejabat pengurusan. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan jutawan


Bangunan sekolah rendah lengkap dengan kemudahan lain yang dibina oleh Laizer hasil jualan batu permata ditemuinya. - Kredit foto: Sinar plus


Kisah Laizer mendapat perhatian dunia selepas dia yang gigih membanting tulang melombong hasil mineral berjaya menemukan dua biji batu permata seberat 9.27kg dan 5.1kg di utara bukit Mirerani, kira-kira 271 kilometer dari barat daya ibu negara, Dodoma, Tanzania pada Jun 2020.

Presiden Tanzania, Jhon Pombe Magufuli telah pun arahkan pihak berkaitan mendirikan tembok sepanjang 24 kilometer di kawasan berkenaan pada tahun 2018 bagi menghalang aktiviti penyeludupan permata nadir tersebut. 

Rekod menunjukkan bahawa tanzanite pertama kali ditemukan di kaki gunung Kilimanjaro iaitu sekitar Manyara di utara Tanzania yang dikatakan satu-satunya lokasi di mana terdapatnya permata tersebut pada tahun 1967.

Permata tanzanite bernilai tinggi di pasaran antarabangsa kerana disebabkan kilauan warna unggu kebiruannya disifatkan sebagai luar biasa selain sifat nadirnya yang khusus untuk dijadikan perhiasan.


Batu pertama dijumpai oLaizer bernilai tinggi di pasaran antarabangsa.


Media tempatan juga melaporkan, Laizer yang merupakan bapa kepada lebih 30 orang anak itu menjual batu permata digelar tanzanite berwarna unggu kebiruan kepada kerajaan dengan harga RM13.8 juta dan kini permata berkenaan disimpan di muzium negara tersebut. 

“Jika kerajaan terus memberi sokongan kepada sekolah ini, saya bercadang untuk terus membantu dengan mendirikan beberapa bangunan baharu pada masa akan datang.

“Kalau boleh saya mahu sekolah ini dijadikan sebagai medium Bahasa  Inggeris. Selain itu saya juga berhasrat membina asrama untuk murid yang memerlukan.” kata Laizer. - KitaReporters.


Saniniu Kurian Laizer menunjukkan replika cek hasil jualan batu permata yang ditemuinya. - Kredit foto: Sinar plus. 



12
16
1
15
0

Copy Link: