DUNIA populariti seperti pelakon sudah terkenal sejak dahulu lagi dengan gaya hidup yang urban, berlibur tanpa batas dan cetek pegangan agama.

Maka tak hairanlah jika para penghibur ini sering dianggap sebagai golongan masyarakat yang jauh dari budaya ketimuran dan pegangan agama Islam yang suci.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pelakon



Pun begitu, zaman telah berubah. Kita sendiri boleh lihat telah ramai golongan artis yang tampil berhijrah ke arah yang lebih baik dan mengikut nas-nas agama Islam.

Ada yang dulu tidak berhijab, sekarang sudah tutup litup. Ada yang dahulu suka meminum minuman keras, sekarang sudah tinggal segala yang ditegah agama.



Terbaharu, dalam kesibukan membikin drama, pengarah dan pelakon terkenal tanah air Sheila Rusly tetap mengutamakan ibadah wajib dan sunat pada bulan Ramadan berbanding menyiapkan kerjanya.

Shiela bersama-sama kru syarikat penerbitannya melakukan solat wajib dan solat sunat tarawih di ruangan pusat boling, tempat mereka merakamkan drama tersebut.


Krecit video: Instagram Sheila Rusly


Menerusi sebuah perkongsian video dalam akaun media sosial Instagram Sheila, walaupun mereka berada di pusat boling, ia tidak menjadi alasan untuk tidak menunaikan solat tarawih.

Difahamkan, Sheila mengerjakan solat itu bersama suami, Azman Yahya atau Jinggo serta kru produksi dan pelakon drama Ratu Ten Pin yang menjalani penggambaran di situ.

Walaupun suasana di pusat boling itu kelihatan sibuk dengan pengunjung sedang bermain boling, namun aktiviti ibadah yang dibuat berjalan lancar

Menjengah ke ruangan komen, video tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen.




Semoga Sheila dapat terus istiqomah dalam menjaga hukum hakam dan amalan agama Islam walaupun ketika berada dalam dunia hiburan.

Kita juga berdoa akan lebih ramai para artis atau influenser dapat memberi contoh pedoman yang baik kepada masyarakat awam di luar sana. - KitaReporters


5
1
1
0
2

Copy Link: