Takziah! Pengarah veteran, Nurhalim Ismail meninggal dunia!
Published byKredit foto: FB Mohd Yusri Mohd Yusof
Nurhalim disah menghidap kanser paru-paru tahap 4 Jun 2020 lalu setelah selamat menjalani pembedahan berkaitan jantung di Hospital Serdang, Selangor
Nurhalim adalah salah seorang pengasas Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) bersama Dr Mahadi J Murat, Datin Paduka Shuhaimi Baba, Anwardi Jamil, Kamal Ishak (arwah), Othman Zainuddin (arwah) dan M Yusof Mohamad.
Nurhalim juga merupakan pemilik syarikat produksi Nur TV Production.
Dia sempat mengarahkan kira-kira lima peratus drama berepisod ‘Kalung’ terbitan Nur TV untuk siaran RTM sebelum jatuh sakit dan menyerahkan tugas kepada Hazali Ramli untuk menyiapkannya.
Selain mengarah drama, Nurhalim turut mengarah beberapa siri rencana dan dokumentari.
Dia pernah mengarah sebuah filem berjudul ‘Panas’ pada 1998, namun kurang sambutan.
Nurhalim kelahiran Perlis yang merupakan kawan sekolahan bekas wartawan hiburan Ku Seman Ku Hussain bergiat aktif dalam pementasan drama
Ketika remaja, kemudian menjadi antara penyumbang skrip yang produktif drama radio di RTM sebelum bergiat sebagai pengarah drama dan mempunyai rumah produksi sendiri.
Jenazah Allahyarham telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 21, Subang Jaya, Selangor. - KitaReporters
Kredit foto: FB Anuar Hj Ahmad