Video| Ayah masak juadah raya walaupun sendirian! Buat anak-anak, netizen sebak tak balik raya!
Published byGambar hiasan... TIADA lagi bermaaf-maaf bersama ayah dan bonda pada pagi Syawal bagi anak perantauan berikutan tiada kebenaran untuk rentas negeri sempena Aidilfitiri tahun 2021 ini.
SETIAP tahun sambutan hari raya mesti disambut dengan meriah, tidak kira yang jauh dan dekat pasti akan pulang menyambut hari raya dengan orang tua dan kaum keluarga.
Bagi anak perantau inilah saat yang ditunggu-tunggu untuk pulang menyambut Syawal, hari terakhir bertugas pasti merasakan sangat singkat kerana tidak sabar untuk berkemas balik kampung.
Perjalanan jauh juga tidak dirasakan kerana terbayangkan raut muka kedua-dua orang tua dan kaum keluarga yang tersenyum manis menunggu kepulangan si anak yang jauh di perantauan.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan balik raya
Ohh… indahnya beraya di kampung halaman! Berkumpul beramai sambil bermaaf-maafan.
Namun itu semua tidak dirasai tahun ini selepas kedatangan Covid-19.
Jika tahun lepas (2020) sambutan yang dirasa dalam rasa
kedukaan kerana tidak boleh pulang ke kampung tapi rupanya tahun ini (2021) lebih
menderita apabila tiada lagi kunjung-mengunjung seperti yang dilalui selama
ini.
Lebih malang ada ibu bapa yang tinggal bersendirian
terpaksa menyambut sendirian berikutan anak-anak tidak dapat pulang meraikan
sambutan Aidilfitiri tahun 2021 ini.
Kisah sama turut dilalui seorang warga emas yang terpaksa bersendirian pada hari raya selepas anak-anaknya yang berada di kota raya tidak dapat pulang ke kampung.
Menerusi perkongsian seorang wanita yang juga anak
kepada warga emas itu dalam aplikasi Tiktoknya @Eira Effariza menunjukkan ayahnya
beriya memasak hidangan wajib sempena Aidilfitiri.
Walaupun tahu anak-anaknya di perantauan tetapi
ayahnya tetap memasak juadah raya sebelum menunjukkan kepada anaknya hidangan
yang disediakan.
Malah turut kedengaran si bapa memberi ucapan hari raya dalam keadaan suaranya yang bergetar seolah-olah menahan sebak sambil menyatakan dia hanya bersendirian tanpa ditemani orang lain.
Allahu…kesiannya! Tapi kan daya…
Menurut Eira, ayahnya sempat memasak rendang ayam,
kuah kacang dan nasi himpit kegemaran keluarganya dalam kuantiti yang banyak.
Mungkin juga sudah terbiasa hidangan yang disediakan
untuk dijamah anak dan cucu lalu bapanya tetap menyediakan juadah berkenaan walaupun
tahu dia hanya beraya sendirian.
Malah turut kelihatan ayahnya menyusun cawan dan
beberapa bekas biskut di meja utama di ruang tamu sambil meluahkan dia hanya
beraya sendiian.
Malah Eira yang sebak dengan perkongsian ayahnya yang jauh di kampung berjanji untuk pulang menjenguk bapa apabila keadaan reda.
Menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen sebak melihat perkongsian warga emas itu selain mengenangkan nasib lelaki itu yang terpaksa beraya bersendirian.
Semoga ayah Eira dikurniakan kesihatan yang baik dan
usia yang panjang serta dapat berkumpul bersama anak-anak kesayangan tidak lama
lagi.
Selamat Hari Raya Semua! - KitaReporters